![[VIDEO] ‘Tak Salah Buat Pembedahan Plastik Cuma Jangan Berlebihan’ – Rossa](https://media.ohbulan.com/2025/04/rossa.jpg)

Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa berpendapat tidak salah untuk melakukan pembedahan plastik namun berharap ia tidak dilakukan secara berlebihan sehingga mengubah wajah asal.
Artikel Berkaitan: Rossa Anggap Jackson Wang Sebagai Adik, Aksi Rangkul Pinggang & Pegang Tangan Tak Berlebihan
Artikel Berkaitan: ‘Here I Am’ Bakal Jadi Konsert Termega Rossa Di Malaysia, Undang Penyanyi Jemputan Yang Bikin Penonton ‘Histeria’
Bergantung pada niat

Menerusi temu bual bersama OhBulan!, pemilik nama Sri Rossa Roslaina Handiyani, 47, berkata tindakan itu bergantung kepada niat individu itu sendiri.
Bagi saya, tidak salah untuk membuat pembedahan plastik cumanya jangan terlampau berlebihan.
Tetapi kena pastikan juga ia tidak mengubah keseluruhan wajah asal secara drastik.
Bagaimanapun ia terpulang pada diri sendiri dan juga bajet mereka.
Rossa berkata demikian ketika ditemui di Majlis Ukhwah Rossa bertempat di Saloma Kuala Lumpur pada Rabu.
Mengulas lebih lanjut, Rossa menjelaskan pembedahan plastik sudah menjadi tidak asing pada ketika ini kerana ia juga digunakan untuk merawat diri.
Menurut saya, zaman sekarang ramai yang sudah melakukan pembedahan plastik tetapi bergantung dengan niat sama ada ia dilakukan untuk merawat atau mengubah suai wajah kerana rasa tidak berpuas hati dengan muka sendiri.
Boleh jadi juga kalau ia dilakukan kerana ia menganggu kesihatan diri atau tidak mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri, terpulang kepada niat mereka.
Hormat keputusan mereka

Ketika ditanya sama ada industri seni memberi tekanan yang besar buat para artis melakukan pembedahan itu, Rossa tidak menolak ia memberi kesan besar buat mereka untuk terlihat cantik di mata peminat.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Hey Ladies dan Pudar itu berkata dia tetap menghormati apa pun keputusan yang dibuat oleh artis terhadap penampilan mereka.
Kalau tengok pembedahan plastik bukan sahaja dilakukan oleh selebriti tetapi hampir semua boleh melakukannya jika ada kemahuan.
Memang benar industri hiburan memberi sedikit tekanan kerana jangkaan dan kritikan daripada para peminat.
Sejujurnya sebagai artis mesti akan sedih apabila mereka mengkritik wajah dan penampilan.
Tetapi kita perlu menghargai mereka yang memilih untuk melakukan pembedahan plastik atau sebaliknya kerana ia adalah hak peribadi.








