berita

[VIDEO] Tak Sampai 24 Jam, Parodi Peluang Kedua Adik Naura Cecah 100K Tontonan. Comelnya!

September 8th, 2020 | by Shafika
Video Popular

Siapa masih ingat adik comel Che Naura Auni yang sebelum ini pernah viral kerana gaya dan miripnya seperti Neelofa. Malah dia turut dijemput program rancangan Meletop untuk bertemu selebriti itu sendiri.

Terbaru, video parodi Naura bersama seorang lagi pelakon cilik, Adam Ghadafi sekali lagi mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memuji kecomelan dua kanak-kanak cilik ini. Sebiji macam Nabila Razali.

Comelnya!

Video parodi lagu Peluang Kedua nyanyian asal Nabila Razali dengan penampilan khas, MK K-Clique itu dilakonkan kembali oleh adik Naura dan Adam. Rata-rata memuji kecomelan mereka berdua yang dilihat serasi. Video yang dimuat naik di Youtube jam 5 petang semalam mula menerima respon positif dari orang ramai.

Memang comel sungguh adik Naura melakonkan babak seperti yang dilakukan oleh Nabila dalam video muzik asal lagu tersebut. Memang pandai betul berlakon seperti penyanyi asal.

90% sama dengan video asal

Boleh dikatakan video yang dikeluarkan oleh produksi Mask Team ini 90% sama dengan video asal lagu Peluang Kedua. Setiap babak diambil dengan teliti dan kedua-dua kanak-kanak cilik ini berjaya melakonkan aksi Nabila Razali dan MK K-Clique dengan baik. Satu pujian buat team produksi ini kerana pandai memilih watak serta lokasi penggambaran yang dilihat seakan sama.

Gaya macam Neelofa

Jelingan maut

Sumber : Youtube

SKIP THIS AD ×