berita

[VIDEO] Tak Sangka Ada ‘Benda’ Tumpang…

June 9th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Dunia ini bukan saja dihuni oleh manusia tetapi turut dihuni oleh makhluk lain yang kadangkala kita tidak nampak dengan mata kasar tetapi kehadiran ‘mereka’ juga boleh dirasai.

Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook, Wan Chiang yang berkongsi pengalaman seramnya apabila kereta yang dipandunya di kawasan gelap dan lengang telah ditumpangi oleh makhluk halus.

Terhidu bau hanyir


Cuma nak kongsi pengalaman yang baru je berlaku tadi, Saya seorang yang bekerja ulang alik dari Ipoh ke Teluk Intan. Pada setiap hari Ahad, akan gerak bertolak balik dalam pukul 1am atau 2 am sebab tunggu anak kedua tidur lena baru gerak. Tak sampai hati nak tinggal anak waktu dia tengah berjaga. Jadi macam hari ini, public. Tu balik isnin malam selasa. Macam biasa, pukul 2 lebih tadi bertolak.

Ada tetamu yang tidak diundang pula yang menumpang di separuh jalan tu. Nasib baik lah dah dekat nak sampai. Yang aku perasan mula-mula, tiba-tiba ada bau hanyir yang sangat kuat. Aku ingatkan bau sawit sebab tepi jalan memang penuh sawit kiri kanan. Siapa yang pernah lalu jalan dari Kampar ke Teluk Intan tahu lah. Dengan keadaan sekeliling gelapnya, jalan beralun-alun. Tambah musim PKP ni, memang tak banyak kereta atas jalan waktu-waktu macam ni.

Tiba-tiba ‘benda’ tu dah hilang

Masa lepas Kampar tu dekat dengan kawasan Tg Keramat, aku tengok signboard tadi. Aku saja tengok cermin belakang, kurang ajar. Betul lah! Memang ada ‘dia’ duduk dekat belakang, tunduk je. Tapi tak nampak muka dia. Nasib baik lah tak nampak pun, kalau nampak mau accident aku. Tapi tu lah, aku ni nak kata selalu tu tak ada lah tapi pernah dan aku selalu dengar.

Kalau jumpa, jangan takut. Maku je. Nanti pergi lah dia, jadi itu yang aku buat. Tapi tak makan saman. Dia buat tenang tunduk. Tertidur ke apa aku tak tahu lah. Sumpah! Dalam berani-berani aku tak berani mana. Takut juga sebenarnya tapi nak tak nak kena juga beranikan diri. Sebab niat aku nak pergi mencari rezeki untuk anak bini. Aku yakin Allah SWT akan melindungi aku. Jadi aku kuatkan semangat untuk teruskan perjalanan.

Alhamdulillah, sampai juga ke destinasi yang dituju. Alhamdulillah tiada apa-apa perkara buruk yang berlaku. Benda tu pun sebelum sampai kawasan Kg Bahagia tempat-tempat terang tu aku tengok dia dah tak ada dah. Jadi aku pun tenang lah. Harap-harap dia tak kacau aku dah lah. Dah tolong bagi tumpang sekali cukup lah. Tak lalu aku. Kalau tong-tong minyak takpe lah juga kan.

Sumbe: Wan Chiang

SKIP THIS AD ×