Sebuah video tular di TikTok memaparkan sepasang suami isteri yang merancang untuk membeli tanah kubur dengan harga hampir mencecah ribuan ringgit.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dianggap Tak Beradab, Netizen Kecam Pemuda Menari Atas Kubur
Artikel Berkaitan: ‘Noah Pimpin Bacaan Yassin Bersama Keluarga Tercinta’ – Keluarga Lawat Pusara Di Jakarta Sempena Hari Lahir Arwah Ashraf Sinclair
Sesuai untuk T20
Sepasang suami isteri dari Indonesia itu dilihat sedang mencari tanah kubur yang sesuai untuk mereka berdua disemadikan kelak iaitu di dua buah kawasan yang terletak di San Diego Hills dan di Al-Azhar Jakarta, Indonesia.
Saya dan paksu (suami) memutuskan untuk membeli tanah kubur kami suami isteri dan perasaan ketika sedang memilih tempat pusara semasa masih hidup itu ternyata sangat menyedihkan.
Dalam pada itu, dia juga turut berkongsi akan harga bagi setiap pakej-pakej tanah kubur yang disediakan di San Diego Hills. Antaranya adalah bagi kategori ‘single ‘berharga RM18,811, ‘semi private’ bernilai RM133,830 dan ‘private’ berharga RM249,453.
Mereka juga turut menjelaskan terdapat juga pakej di Al-Azhar bagi makam yang single bermula dari harga RM11,721.
Menurut pasangan itu, mereka memilih tanah kubur dengan harga sedemikian kerana menginginkan tempat ‘istirahat’ terakhir mereka yang khusus untuk golongan muslim dan terdapat masjid yang mengalunkan ayat suci Al-Quran.
Belum tentu saya buat persiapan macam ini saya akan masuk syurga nanti cuma saya memang mencari tempat begini untuk pusara kami yang khusus untuk muslim dan yang selalu mengalunkan bacaan ayat Al-Quran. Kerana kami tidak mempunyai anak untuk mendoakan kami.
Difahamkan juga allahyarham pelakon Ashraf Sinclair dikebumikan di San Diego Hills dan pasangan ini dilihat terserempak dengan Bunga Citra Lestari semasa sedang memilih pusara mereka.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen video yang telah mencecah 11.7 juta tontonan itu, rata-rata ada yang mengkritik mereka berikutan harga tanah kubur yang sangat mahal.
Sepatutnya bukan mempersiapkan tanah kubur tetapi sudahkah kita menyiapkan bekal untuk menghadapi kematian?
Harga tanah kubur buat jantung saya meronta-ronta.
Harga tanah kubur yang macam itu boleh dibuat pusara untuk satu kampung. Kalau duit itu disedekahkan untuk pembangunan masjid alangkah lebih baik, boleh menjadi pahala jariah.
Namun ada juga warganet yang memuji mereka kerana dari awal lagi sudah membuat persiapan kematian.
Umur 31 tahun baru sedar yang kita perlu fikirkan kematian. Terima kasih kakak atas video yang telah menyedarkan saya.
Terima kasih atas perkongsian videonya. Saya terus teringat akan kehidupan selepas mati, semua akan kembali kepadaNya.
MasyaAllah kak. Orang lain sibuk urusan dunia, kakak pula dah buat persiapan kematian.
@fannykondoh Kamu ga harus sama dan sepaham sama aku kok , belum tentu juga aku yang siapin masa depan kayak gini masuk surga juga , cuman aku memang cari peristirahatan yang khusus muslim dan aktif murotalnya , karna aku paham aku ga punya anak yang bisa doain aku nantinya , cuman intinya aku mau syiar aja kalau aku dan paksu memilih untuk siapin ini dari sekarang , saling hargain aja sih , pilihan orang kan beda beda, kalian ga harus sama juga , dan gapapa juga kok beda … ?#fyp? #xyzbca #vlog #minivlog #adayinmylife #adml #suamiistri #halal #alazharmemorialgarden #pemakaman
Sumber: TikTok