berita

[VIDEO] Tangkap Lentok Dengan Cewek Seksi, Peserta Malaysia ‘Diserang’ Isteri Atas Pentas

January 7th, 2020 | by faris
Video Popular

D’ Academy Asia adalah rancangan realiti nyanyian dangdut Asia yang disertai peserta dari Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Timor Leste, Thailand dan Filipina. Peserta Malaysia, Azmirul Azman ‘kantoi’ di atas pentas ketika sedang asyik membuat persembahan dengan penyanyi tuan rumah, Zaskia Gotik.

Asyik hayati lagu

Azmirul berduet dengan Zaskia menyanyikan Jangan Tinggalkan Aku nyanyian asal Imam S Arifin dan Nana Mardiana. Mereka berpegangan tangan ketika mendendangkan lagu malar segar berkenaan sambil memberi penghayatan penuh dengan bait-bait lirik.

Azmirul yang menggenggam tangan rakan duetnya kemudian meletakkannya di dada penuh mesra, tak ubah seperti pasangan bercinta. Sambil meneruskan nyanyian meletakkan tangannya di pinggul Zaskia. Ketika itu, kelibat isteri Azmirul, Farah sudah mula berjalan ke arah suaminya.

Si isteri kemudian muncul di sisi pasangan duet terbabit membuatkan Azmirul langsung terkejut dan menjauhi Zaskia. Reaksi peserta lelaki itu kelihatan langsung tidak menyangka dengan kehadiran isterinya namun menjelaskan tindakannya itu adalah untuk persembahan semata.

Sumber: Indosiar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×