berita

[VIDEO] Tarian Lincah Persis Anggota Blackpink Tarik Perhatian Netizen..Amboi Lentiknya Badan Kau Dik!

April 19th, 2019 | by Amirul Asraf
Video Popular

Mempunyai bakat dalam seni persembahan, seorang remaja lelaki telah berjaya memukau netizen apabila video tariannya tersebar di Twitter. Video yang berdurasi 0:17 itu menunjukkan remaja tersebut sedang menari lagu Let’s Kill This Love, nyanyian kumpulan Blackpink.

Persembahan yang dilakukan di hadapan guru dan rakan-rakannya itu adalah bersempena sambutan Hari Guru di sekolahnya. Wow very energetic!

Memang terbaik

Menerusi Twitter Aiman, lelaki tersebut berkongsi video rakannya yang dikenali sebagai Syazwan, sedang menari ketika sambutan Hari Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Klang, baru-baru ini. Ternyata persembahan rakannya itu mendapat sorakan yang gemuruh daripada warga sekolah.

Peminat Blackpink

Menerusi Instagram Afnanll.ie, ternyata remaja tersebut peminat setia kumpulan kpop berkenaan apabila acapkali memuat naik video serta foto kumpulan tersebut.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen kagum akan semangat dan keberanian remaja tersebut untuk menari di hadapan khalayak ramai walaupun saiz badannya agak berisi. Sesetengah netizen juga berasa cemburu melihat tarian remaja tersebut lebih hebat dari penari wanita.

Sumber: Aiman & Afnanll