Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba pelakon berbakat, Puteri Balqis memuat naik hantaran di media sosial dengan meluahkan perasaan marah dan tidak puas hati terhadap seorang pelakon sehingga mencetuskan tanda tanya warganet siapakah individu tersebut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Balqis Dikatakan Persis Avril Lavigne, Makin Besar Makin Cantik
Artikel Berkaitan: ‘Industri Malaysia Makin Lama Makin Kejam & Sampah..’ – Puteri Balqis Dilayan Seperti Anjing Kurap?
Tak nak berlakon sekali
Menerusi hantaran di Instagram (IG) Story, Puteri Balqis atau lebih mesra dipanggil Aqish mendedahkan bahawa pelakon tersebut didakwa mempunyai sikap suka memerli dan membandingkan kecantikan sesama mereka.
Kau ni baru 14 tahun, tak banyak beza pun dengan aku. Tapi perangai (cringe) kau mengalahkan orang tua. Habis semua orang kau nak perli dalam video kau dengan aku yang tak bersalah ini pun kau nak perli, nak bandingkan dengan kecantikan kau.
Aqish juga berkata pelakon remaja tersebut sering memuat naik kandungan yang menunjukkan tubuh badan tetapi tiada kualiti dalam lakonan.
Dalam pada itu, pelakon telefilem Dania itu juga menyatakan bahawa dia tidak mahu bergandingan bersama aktres berkenaan di dalam mana-mana set penggambaran.
Video tayang j*bo hari-hari, tapi berlakon satu anugerah pun tak ada.
Tolonglah jangan bagi aku satu set dengan dia. Tak sanggup tengok dia ‘flip hair’ 20 kali seminit. Bangga dengan teman lelaki yang muka tak semenggah tu. Jangan babitkan aku. Ubat depressison aku nak dekat habis ni.
Walau bagaimanapun, tinjauan OhBulan! mendapati Aqish tetap tidak mendedahkan siapa gerangan pelakon remaja tersebut.
Sumber: Instagram