berita

[VIDEO] Tengah Feeling Catwalk Atas Pentas, Kaki Pula Terseliuh, Juri Cadang Model Turunkan Berat Badan

January 4th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Tak dinafikan, menjadi seorang model bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Setiap inci penampilan mereka sudah pasti akan diperhatikan. Malah, setiap model juga perlu menitik beratkan rupa paras supaya mereka sentiasa kelihatan cantik di hadapan lensa kamera.

Model terseliuh masa catwalk

Baru-baru ini, viral satu video di media sosial memaparkan seorang model dari Indonesia iaitu Sarah Gabriella Tumiwa berdepan detik cemas dan memalukan apabila kakinya terseliuh ketika sedang ‘catwalk’ di atas pentas. Memetik laporan media tempatan, insiden tersebut berlaku menerusi satu rancangan Indonesia’s Next Top Model (INTM).

Ketika sedang melakukan ‘runaway’ di atas pentas sambil dinilai oleh empat juri, Sarah pada awalnya berjalan dengan penuh yakin namun siapa sangka, peserta yang berusia 21 tahun ini gagal mengawal pergerakannya. Dia terpaksa menanggung malu apabila kakinya terseliuh di atas pentas, tetapi gadis ini tetap bersemangat dan meneruskan ‘catwalk’. Namun dia tetap mendapat pujian daripada juri kerana berjaya mengawal situasi berkenaan.

Tidak terhenti di situ, dalam segmen seterusnya, Sarah sekali telah menerima respon positif daripada juri kerana keyakinan dan keberaniannya ketika photoshoot di tempat tinggi. Dalam kesempatan itu, salah seorang juri iaitu Ivan Gunawan mencadangkan Sarah menurunkan sedikit berat badannya untuk memiliki bentuk badan yang ideal, cantik dan tampak lebih tinggi.

Video

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×