berita

[VIDEO] Tengah Syok Buat TikTok, Sekali Pengantin Lelaki Buat ‘Hal’ Sampai Isteri Tergolek, Lucu Habis!

January 12th, 2021 | by Shira
Kini Trending

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan satu majlis perkahwinan yang sangat indah dan meriah. Malah, mereka juga mengambil kesempatan ini untuk merakam momen-momen bahagia bersama ahli keluarga, saudara-mara dan rakan baik.

Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila pasangan raja sehari ini memilih untuk melakukan challenge ‘Tricky’ di TikTok. Apa yang lebih menarik perhatian adalah video di sebalik tabir yang dikongsikan. Kelakar!

Buat cabaran di TikTok

@fatinaimieWait for the last part……?? #fyp? It’s Tricky – RUN DMC


Berdasarkan video yang dikongsikan oleh Fatinaimie di TikTok memaparkan dia bersama ahli keluarga dan sanak-saudara sedang melakukan satu cabaran di TikTok. Cabaran tersebut memerlukan mereka bergerak ke kiri dan ke kanan mengikut soalan yang telah dipaparkan pada skrin telefon.

Dari kanak-kanak hinggalah ke peringkat dewasa telah melakukan cabaran itu tanpa sebarang ‘masalah’. Tetapi siapa sangka apabila tiba giliran pasangan pengantin, telah berlaku satu insiden yang cemas tapi dalam masa yang sama agak melucukan.

Jatuh tergolek

@fatinaimieBehind the scenes ???? Oh No – Kreepa


Sedang leka mereka membuat cabaran, tiba-tiba pengantin perempuan jatuh tergolek ke lantai. Tetapi apa yang lebih menarik perhatian adalah tindakan sanak-saudara yang berada di situ.

Mereka tidak dapat menahan gelak telah melihat dan tertawa terlebih dahulu sebelum menghulurkan bantuan. Sementara pasangan pengantin juga seakan tidak dapat menahan ketawa.

Sumber: Fatinaimie

SKIP THIS AD ×