berita

Video Terbaru Mat Luthfi, Mengajar Kanak-Kanak Riang

July 29th, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-07-29 at 11.53.51

Daripada awal kemunculannya hingga sekarang, Mat Luthfi tidak pernah gagal menghasilkan video-video yang mempunyai mesej berguna namun masih menghiburkan.

Dua hari lepas, Mat Luthfi telah berkongsi video terbarunya yang berjudul Mengajar Kanak-Kanak Riang ke laman YouTube melalui akaun matluthfi90.

Walaupun tajuknya memberi gambaran tentang kerenah kanak-kanak yang pelbagai ragam, namun jika dihayati betul-betul, mesej yang cuba disampaikan oleh Mat Luthfi lebih besar dari apa yang kita fikirkan.

Screen Shot 2013-07-29 at 11.54.59

Secara umumnya, video yang berdurasi 5:13 saat itu menceritakan tentang perangai kebanyakan kanak-kanak yang sering mengajukan soalan luarbiasa berdasarkan kepada pemerhatian mereka.

Namun apa yang cuba diketengahkan di dalam video itu ialah kejujuran dan ketulusan masyarakat dewasa yang semakin hilang dibandingkan dengan kanak-kanak.

Mat Luthfi juga memaparkan sikap sesetengah manusia yang seolah-olah takut atau enggan mengambil pusing tentang persoalan-persoalan penting di dalam kehidupan seharian. Berikut adalah sebahagian daripada hujah Mat Luthfi:

Surprisingly, bila manusia dah besar dan kita berhadapan dengan soalan-soalan baru, soalan-soalan yang lebih besar nilai dia; Siapakah Tuhan kita? Kenapakah orang dalam dunia ni tak berhenti-berhenti bergaduh?

Kita tak teringin, ataupun kita tak berani ataupun kita tak se-enthusiastic budak-budak kecik ni untuk bertanya? Jadi, hari ini cubalah cakap dengan budak-budak. Mungkin kita dapat belajar something daripada depa yang masih innocent, yang masih tak tercemar fitrahnya.

Screen Shot 2013-07-29 at 11.58.15

Video yang telah mencapai hampir 200,000 jumlah tontonan itu sekali lagi membuka mata penonton tentang isu-isu semasa yang sering dipandang remeh oleh sesetengah pihak.

Kalau anda nak tahu apa lagi yang cuba disampaikan oleh Mat Luthfi menerusi video terbarunya, jom tonton di bawah. Semoga anda terhibur dengan lawak jenakanya yang bersahaja.

SKIP THIS AD ×