berita

[VIDEO] Tercampak Bawah Jambatan, Gadis Maut Dirempuh Lelaki Bangladesh Pandu Kereta Lawan Arus

July 15th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Tiada lesen memandu dan telah menyebabkan kematian seorang wanita, seorang lelaki warga Bangladesh telah ditahan reman pihak polis. Memetik laporan Harian Metro, lelaki yang bekerja kontrak berusia 30 tahun itu dikatakan memandu sehingga masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh mangsa. Suspek ditahan sejurus kemalangan berlaku.

Pandu masuk lorong bertentangan

https://www.facebook.com/MeAmAsy/videos/pcb.3105101926212392/3733376376679022/?type=3&theater&ifg=1

Kemalangan jam 10.45 malam hari Isnin, seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan kereta dinaiki warga asing berkenaan hingga menyebabkan dia tercampak ke bawah jambatan.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika lelaki itu yang dalam perjalanan dari arah Ikea ke Bukit Tambun dipercayai masuk ke laluan bertentangan. Pada masa sama terdapat seorang penunggang motosikal wanita melalui jalan terbabit lalu menyebabkan berlakunya pertembungan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern, kejadian berlaku kira-kira jam 10.45 malam hari Isnin selepas kereta yang dipandu suspek dikatakan masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh wanita berkenaan di laluan tersebut. Ekoran kejadian, mangsa tercampak sehingga ke bawah jambatan.

Gadis 21 tahun maut di tempat kejadian

https://www.facebook.com/MeAmAsy/videos/pcb.3105101926212392/3733399243343402/?type=3&theater&ifg=1

Tambahnya lagi, mangsa maut di tempat kejadian merupakan seorang yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berusia 21 tahun. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk proses bedah siasat. Pihak polis turut meminta orang awam tampil membantu siasatan memandangkan tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×