berita

[VIDEO] Tercampak Keluar Dari Kereta, Budak 8 Tahun Jatuh Jejambat Berketinggian 15 Meter

December 1st, 2020 | by Shahira
Video Popular

Seorang lelaki dan anak perempuannya berhadapan dengan detik cemas selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya. Lebih mengejutkan apabila kanak-kanak itu kemudian tercampak keluar dan terjatuh dari jejambat.

Tercampak keluar dari kereta

Menerusi laporan yang dipetik daripada Kosmo Online, ketika kejadian, kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dipandu oleh lelaki berusia 41 tahun itu telah terbabas dan melanggar tembok kiri jalan Lebuh Raya Duta – Ulu Kelang (DUKE ) menghala ke Jalan Tun Razak.

Susulan daripada pelanggaran tersebut, kanak-kanak yang berada di bahagian tempat duduk belakang telah tercampak keluar dari cermin sisi bahagian kanan.

Detik cemas kanak-kanak terjatuh


Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, mangsa kemudian terjatuh dari jejambat berketinggian 15 meter.

Mangsa terjatuh di atas kereta di tempat letak kenderaan sebuah pusat pameran kenderaan di Jalan Pahang.

Mangsa telah dikejarkan ke hospital dan hasil daripada pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu mengalami retak pada bahagian paha kiri manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber: Kosmo Online

SKIP THIS AD ×