berita

[VIDEO] Tercari-Cari Kediaman Sempurna? EcoWorld Sedia Keperluan Untuk 14 Generasi Berbeza

November 29th, 2019 | by Epul
Sponsored Post

Sudah 6 tahun menjadi pemaju hartanah di Malaysia, EcoWorld bukanlah sekadar pemaju hartanah seperti yang generasi korang sangkakan. Bahkan, mereka banyak membantu dan menyediakan kemudahan buat semua lapisan masyarakat.

EcoWorld selalu ada di sisi bagi membantu korang merealisasikan impian dan masa depan yang diidamkan. Dari rumah, lokasi untuk menyerlahkan bakat dan kreativiti hinggalah ruang untuk aktiviti yang bersesuaian dengan gaya hidup setiap generasi!

Justeru, kerana keprihatinan EcoWorld terhadap apa yang korang inginkan untuk kehidupan lebih sempurna, mereka memperkenalkan kempen “For Generations” yang memberi pengkhususan terhadap keperluan setiap generasi berbeza di setiap kediaman dan hartanah milik mereka. Korang generasi yang mana? Jom kita tengok…

1. Gaya Hidup “The Zen Generation”

Untuk korang yang nak lapangkan minda dan merehatkan badan dan jiwa, kawasan luar rumah untuk keluarga yang menenangkan di EcoWorld ini memang sesuai. Selepas seharian penat bekerja, melakukan aktiviti menenangkan seperti yoga di sini adalah jalan penyelesaian sempurna.

2. Gaya Hidup “The Explorer Generation”

Admin pasti ramai di antara korang sejenis yang ingin tahu, berjiwa muda dan cintakan alam semulajadi serta sukakan cabaran. Justeru, taman yang indah lagi menarik di kawasan perbandaran EcoWorld sememangnya dihasilkan untuk generasi korang yang suka meneroka.

3. Gaya Hidup “The Ever Leaner Generation”

Usia bukanlah penghalang untuk kita belajar perkara baru setiap hari. Justeru, tiada saat-saat yang membosanan di EcoWorld Life Space dan pasti akan ada sesuatu yang menyeronokkan untuk dipelajari di sana. Banyak aktiviti menyeronokkan boleh dilakukan!

4. Gaya Hidup “The Culinary Generation”

Ramai di antara kita sekarang rajin bereksperimen di dapur mencuba resipi baru kan? Haa, kediaman dilengkapi dapur idaman yang luas di EcoWorld sememangnya sesuai untuk korang yang seronok meneroka dunia seni kulinari.

Bolehlah tunjuk kemahiran memasak, hidangkan hidangan menyelerakan untuk yang tersayang dan cipta memori terindah bersama mereka!

5. Gaya Hidup “The Trend Seeker Generation”

Admin rasa generasi ini makin kelihatan sejak dua menjak ni. Tapi, penampilan mereka juga sangat bertepatan dengan waktu kerana EcoWorld menyediakan ruang platform komunal menarik seperti EcoWorld Labs untuk mereka menyerlahkan kreativiti masing-masing! Ini adalah platform paling kreatif di EcoWorld tau!

6. Gaya Hidup “The Minimalist Generation”

Tinggal dalam hiruk-pikuk ibu kota memang merimaskan. Admin sendiri kalau boleh nak duduk jauh dari bandar supaya tak serabut setiap hari. Oleh itu, kediaman yang dihasilkan dengan rekaan simple dan menenangkan oleh EcoWorld ni memang sesuai untuk admin dan korang semua yang mahukan kebebasan dari kesibukan ibu kota.

7. Gaya Hidup “The Digital Nomad Generation”

Zaman sekarang ni ramai yang bekerja on the go. Suasana bekerja di tempat berbeza memberikan mood dan feel kerja berlainan, barulah produktif! EcoWorld turut menyediakan persekitaran yang menjana idea supaya setiap idea kreatif korang dapat dikembangkan.

8. Gaya Hidup “The Gym Rat Generation”

Bersenam menjadi satu kemestian masyarakat hari ini. Justeru, ruang gimnasium dengan kelengkapan sempurna seperti yang disediakan EcoWorld ini sangat sesuai. Barulah dapat naikkan tahap kecergasan korang!

9. Gaya Hidup “The Nature Friendly Generation”

Buat pencinta alam semulajadi, setiap kediaman EcoWorld direka dengan laman rumah persendirian. Jadi, korang bolehlah tanam hidupan hijau dan sayur-sayuran kat tepi rumah. Jimat tak payah beli sayur kat luar, malah segar-segar pulak tu!

10. Gaya Hidup “The Pet Lover Generation”

Mesti ramai di antara korang ada bela haiwan peliharaan kan? Jadi, persekitaran di kediaman EcoWorld memang sesuai untuk korang sebab ia sangat pet-friendly. Ia bukan saja sebahagian daripada keluarga korang tetapi seluruh komuniti tau! Haiwan peliharaan happy, korang pun hidup bahagia!

11. Gaya Hidup “The Artistic Generation”

Pencinta seni mesti suka dengan kawasan kediaman EcoWorld. Ini kerana, di sana terdapat banyak arca yang memberi inspirasi supaya jiwa seni korang terangsang untuk menghasilkan karya seterusnya.

12. Gaya Hidup “The Bold Creator Generation”

Bagi korang yang sukakan persaingan dan menghasilkan ciptaan lain daripada yang lain, EcoWorld menyediakan Intelligent Space Concept di ruangan perniagaan mereka. Di situlah korang ‘menghidupkan’ idea hebat dalam fikiran korang!

13. Gaya Hidup “The #POTD Generation

Familiar dengan hashtag #POTD, #OOTD dan sebagainya? Sah korang kaki Instagram, aktif di media sosial dan korang memang sesuai duduk di kawasan kediaman EcoWorld. Sebab kat sana ada baaanyak lokasi yang sesuai untuk korang ambil gambar untuk dimuatnaik dalam Instagram.

Jom jadikan setiap saat dan lokasi menarik di EcoWorld menjadi memori bersama keluarga dan rakan-rakan!

14. Gaya Hidup “The Collector Generation”

Mesti ada di antara korang ada hobi suka kumpul benda pelik tapi unik kan? Ruang luas di EcoWorld sememangnya cukup untuk korang menyimpan segala penemuan unik. Ruang itu bukan saja boleh dijadikan galeri peribadi untuk hobi malah rakan-rakan korang dari luar juga boleh datang melawat!

Memperkenalkan 5 projek EcoWorld, semuanya dilengkapi keperluan 14 generasi dan gaya hidup yang admin sebutkan tadi

Banyak kan kemudahan dan manfaat yang EcoWorld sediakan untuk korang? Untuk pengetahuan, semua tu ada dalam 5 projek terbaru EcoWorld iaitu Cora, Hazelton, Regent Garden, Rosé dan Brydon. Meh admin cerita serba sedikit pasal projek terbaru diorang…

Jika korang gemarkan alam semulajadi dan seni bina, Eco Horizon’s Brydon yang terletak di Batu Kawan, Pulau Pinang adalah pilihan yang paling sesuai untuk seisi keluarga. Rekaan banglo dan semi-d yang terletak di kawasan selamat dan tenang membolehkan korang dan keluarga tercinta memperolehi ketenangan minda, sekaligus menikmati hidup secara maksimum.

Untuk rumah yang “vibrant” seperti korang sendiri, Cora di Eco Ardence, Shah Alam sangat sesuai kerana rekaan rumah taman, semi d dan banglonya hadir dengan clubhouse ekslusif, kawalan keselamatan terbaik dan laluan bertaman yang menarik di belakang rumah.

Hub gaya hidupnya iaitu Ardence Labs, membolehkan korang berseronok dan makan-makan dalam persekitaran yang ceria. Hidup di Cora pasti tidak akan membosankan.

Mencari rumah yang sesuai untuk diri sendiri bagaikan “custom-made suit”? Hazelton di Eco Forest, Semenyih direka dengan prinsip ergonomic untuk kesemua jenis gaya hidup. Dengan konsep ErgoHomes (rekaan ekslusif EcoWorld), setiap unit dilengkapi dengan laman peribadi.

Reka sendiri rumah idaman korang dengan EcoWorld kerana tiada siapa yang lebih mengetahui apa yang korang inginkan. Konsep “Design to Own” di Regent Garden Eco Grandeur, Puncak Alam memberikan korang kebebasan dan fleksibiliti untuk mencipta rumah impian. Serlahkan keunikan rekaan rumah korang berbanding orang lain hanya di Regent Garden, Eco Grandeur.

Langkah masuk ke Rosé dan korang akan rasa seperti memasuki sebuah Eden dengan rumah-rumah serta taman yang memukau. Diinspirasikan rekaan klasik dan kontemporari Perancis terbaik, korang pasti akan jatuh cinta dengan rumah teres yang mempunyai ruang tamu yang amat luas. Selamat datang ke Rosé.

Untuk maklumat lanjut mengenai projek EcoWorld ini, kunjungi galeri berhampiran korang atau layari laman web EcoWorld.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×