berita

[VIDEO] ‘Terciduk’ Campak Air Ketum…

July 2nd, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Tindakan seorang lelaki membuang air ketum yang dibawa bersama ‘kantoi’ apabila kegiatannya itu berjaya dirakam pihak polis. Dia dikatakan mencampakkan sebotol air ketum ke tepi jalan sebelum ditahan dalam operasi sekatan jalan raya Lebuhraya Karak.

Kantoi campak ketum

https://www.facebook.com/epulskinellefornia/videos/3341484195884237/?__xts__[0]=68.ARBKp2ZL14CmnNE1p0pV1HCCTrG-nnPAjr5o1DSgO5g_RRnCJktF893lw60MZzeBvDo-sk3ucNVHfPbX3yZryTouf9jOyb0x0GJL5CFmHpK5lQeCykhWGA1jMu_q3EFMwstzu_q2vxAIOE8jZxBnDA8KVJfTKNSc0XM4BABIaSBSslgsJMKBUbdJnFWOkC71G55JzeaYnhHdODaAZ6WOR5LTt0e4StuapDc2fmB–N9EFBFtjKV5Fl4Uc-o-tcC_gQ2BZUcVU1ZRAf5kgptFR36aFjevzPQ5sFduayjKvwQzYFSh72tokFLjZigvdPoNfsvQptnZGB2w8Wq5gR5qDFR1aTs1PgkU&__tn__=H-R

Menerusi Facebook Epul Adam, video tersebut memaparkan pihak polis sedang mengekori kumpulan motosikal dihadapan mereka sebelum ternampak kegiatan lelaki berkenaan. Sejurus selepas itu, pihak polis turun dari kenderaan dan berjaya menemui sebotol minuman yang dipercayai air ketum.

Apabila disoal pihak polis, akhirnya dia mengaku mencampakkan air ketum berkenaan ke tepi jalan. Dia turut mengatakan bahawa air ketum berkenaan telah dicampur dengan air soda berkabonat dan ubat batuk.

600 mat motor ditahan

Pada masa yang sama, pihak polis telah melakukan sekatan jalan rasa di lebuhraya Karak dan telah menahan lebih daripada 600 mat motor. Antara lokasi tumpuan pihak polis ialah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lachang dan R&R Chenor. Pihak polis telah mengeluarkan 358 saman atas pelbagai kesalahan dan telah menyita 20 buah motosikal.

Berita penuh kejadian

Sumber: 999Epul Adam

SKIP THIS AD ×