berita

[VIDEO] Tergamak Tinggal Kucing Luar Rumah Kena Hujan, Kejam!

August 13th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Baru-baru ini viral di media sosial rakaman seekor kucing kesejukan di dalam sebuah sangkar yang diletakkan di belakang rumah. Kucing tersebut dilihat memanjat dan bergantung kepada sangkar untuk mengelakkan diri daripada terkena air hujan.

Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association dalam posting terbaru memaklumkan kucing berkenaan sudah diselamatkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Negeri Melaka pada hari sama.

Bukan pertama kali berlaku

Bukan semua kucing bertuan memiliki kebahagiaan. Jika dapat tuan yang tidak berperasaan. Kucing peliharaan bakal melalui kesengsaraan.

Jika kucing jalanan dapat melarikan diri tatkala ribut melanda. Kucing peiharaan berasangkar di luar rumah tiada pilihan. Hujan dan panas harus dihadap tanpa kepedulian.

Pemilik yang memelihara kucing secara bersangkar dan diletakkan di luar kediaman perlu meneliti risiko tempias hujan dan terikan panas matahari apabila meletakkan sangkar mereka.

Insiden ini dikenal pasti berlaku di Taman Pengkalan Jaya, Ayer Molek Melaka. Kes ini kini dalam Pemantauan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka. DVS memiliki Peraturan Penambahbaikan terhadap pemelihara haiwan peliharaan.

Menurut pengadu. Keadaan ini bukanlah pertama kali. Ia telah kerap berulang-ulang dan pemilik tetap dengan kedegilannya membiarkan kucing peliharaannya di lur rumah seperti ini. Jika keadaan kucing peliharaan ini masih berterusan terabai walau selepas menerima Notis Penambahbaikan. Akta Kebajikan Haiwan 2015 wajar dikuatkuasakan demi mendidik pemilik yang tidak peka terhadap kebajikan kucing peliharaannya.

Rakam sebagai bukti

Perakam video telah pun beri bantuan perlindungan dengan menyarungkan plastik di sangkar untuk lindungi kucing terkena basahan hujan selepas rakaman dibuat. Tujuan rakaman adalah sebagai prosedur bukti yang boleh digunapakai untuk laporan pengabaian kepada pihak berkuasa.

Animal Malaysia juga telah panjangkan aduan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Negeri Melaka pada hari sama.

Tahniah dan terima ksih yang tidak terhingga atas tindakan pantas DVS Negeri Melaka yang turun menguatkuasakan undang-undang terhadap pemilik. Setelah pemeriksaan lanjut dibuat. Penguatkuasaan DVS Melaka telah menjalankan prosedur Penguatkuasaan (S.O.P) dengan memberikan Notis Penambahbaikan seperti yang diperuntukkan dalam Peraturan bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 kepada pemilik.

Notis 7 hari

Tujuan notis adalah untuk memastikan pemilik memperbaiki kaedah pemeliharaan dalam tempoh 7 hari dan pemeriksaan semula akan dilakukan selepas 7 hari nanti. Jika pemilik telah memperbaiki kaedah pemeliharaan. Kes boleh dianggap selesai. Manakala jika pemilik ingkar Notis Penambahbaikan pula pemilik bakal berdepan tindakan undang-undang di bawah peruntukkan Akta Kebajikan Haiwan 2015 kerana pengabaian dan penganiayaan.

Sumber : Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×