berita

[VIDEO] Terima ‘Hadiah’ Dari Anuar Zain, Ernie Zakri Menitiskan Air Mata Di Hari Bahagia

April 3rd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Pasangan sama cantik, sama padan iaitu penyanyi Ernie Zakri dan Syamel telah melangsungkan majlis resepsi mereka dengan dihadiri rakan artis dan keluarga terdekat.

Artikel berkaitan: Pasangan Sejoli, Sama Cantik Sama Padan. Sekitar Majlis Resepsi Wedding Ernie Zakri & Syamel

Lebih menarik lagi, malam persandingan pasangan ini turut diserikan dengan persembahan nyanyian dari Dato Sri Siti Nurhaliza dan Anuar Zain. Terharu sampai mengalir air mata Ernie…

‘Tangisan’ Ernie

Kredit video: Petch Mono

Umum sedia maklum, Ziana Zain dan Anuar Zain merupakan ibu dan bapa saudara kepada Ernie Zakri. Di majlis persandingan itu, Anuar Zain turut mempersembahkan lagu istimewa berjudul Sesucinya Cintamu buat pasangan pengantin itu. Persembahan daripada Anuar Zain itu telah membuatkan Ernie mengalirkan air mata dan kelihatan juga Syamel menghulurkan sekeping tisu kepada isterinya.

Persembahan Anuar Zain

Kredit video: Petch Mono

Dato Sri Siti Nurhaliza pun menyanyi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terbaik (@era.je)

Sementara itu, penyanyi nombor satu negara iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza turut mempersembahkan sebuah lagu berjudul Aku Cinta Padamu sebagai ‘hadiah’ kepada raja sehari.

Kredit: Era, Petch Mono

SKIP THIS AD ×