![[VIDEO] ‘Terima Kasih Naim Daniel, Tetap Semangat’](https://asset.ohbulan.com/2025/06/naim-daniel.jpg)
Kehadiran pelakon dan penyanyi, Naim Daniel pada malam XO Concerts 3.0 School of Galau meraih perhatian penonton yang setia menanti kemunculannya.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Okay, Komited Nak Bersihkan Nama’ – Naim Daniel
Artikel Berkaitan: Naim Daniel Mengaku Tidak Bersalah, Diikat Jamin RM12,000
Tetap hadir
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Naim atau nama lengkapnya Muhammad Naim Daniel Baharin dilihat berbusana sekolah mengikut tema sambil mendendangkan lagu popularnya ‘Mengenangmu’.
Pada video berdurasi seminit itu, kebanyakan warganet memberi sokongan penuh kepada Naim yang tetap hadir XO Concert ekoran dakwaan dirinya terlibat dengan kes amang seksual, baru-baru ini.
Peminat terharu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat terharu dengan kekuatan yang dimiliki pelantun lagu ‘Berdamai Dengan Takdir’ itu. Selain itu warganet turut memberi kata-kata semangat agar Naim tidak berputus asa menegakkan keadilan.
Imbas kembali, media melaporkan penangkapan seorang pelakon dan penyanyi bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor.
Bagaimanapun, Naim mengaku tidak bersalah dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM12,000 dengan pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah.
Sumber: TikTok @XOHouse