Sebelum ini, Milo telah mengumumkan berita gembira apabila bakal membawa pelakon terkenal Korea Selatan, Park Seo Joon ke Malaysia.
Bagi peminat yang ingin bertemu dengan pelakon drama What’s Wrong with Secretary Kim, mereka dikehendaki untuk menyertai peraduan yang dianjurkan oleh Milo.
Beli banyak milo
Pelakon dan pengacara Adriana Adnan antara peseta yang menyertai peraduan itu yang memerlukan dirinya membeli produk Milo terpilih dengan nilai belian minimum RM 120 dalam satu resit.
Menerusi Instagram Stories, Adriana memuat naik video yang merakam momen ketika menerima berita yang dirinya terpilih untuk bertemu dengan aktor kacak itu.
Terlalu gembira impian tercapai, aktres berumur 28 tahun itu terus sujud syukur di hadapan pelakon Liyana Jasmay serta wanita dikenali sebagai kak baby.
Received the best news in my entire existence. Thank you Milo Malaysia. Saya masuk pertandingan sebab nak jumpa dia sangat!
Saya beli milo banyak-banyak. Saya beli sembilan paket kena ada gambar Park Seo Joon.
Macam tak percaya
@ohbulanofficial Amboi teruja sungguh tu! Min pun tunpang happy ?? #ohbulan #fyp #sembangentertainment #adiranaadnan #jumpa #parkseojoon ? original sound – Ohbulan
Dalam pada itu, anak kepada Zamzarina Zambri bersyukur kerana terpilih untuk bertemu secara empat mata di samping mengucapkan terima kasih kepada pihak Milo.
Ya Allah.. rasa macam tak percaya.
Difahamkan, hanya 300 peminat bertuah yang terpilih menerusi peraduan berkenaan berpeluang untuk menyertai sesi minum Milo bersama Park Seo Joon.
Sesi bertemu peminat dan penggemar Milo dengan Seo Joon akan diadakan pada 25 Februari ini di Sunway Pyramid.
Sumber: Instagram