berita

[Video] Terlihat Penampakkan Parameswara di Bangsar! Ada Apa Weyh?

September 3rd, 2018 | by Danial
Kini Trending

Sejarah Melaka bermula sekitar tahun 1400. Parameswara, seorang putera raja yang berasal dari Palembang, Sumatera telah membuka sebuah negeri yang dinamakan sempena sebatang pokok tempat baginda berteduh iaitu pokok Melaka.

Sejarah ni pengetahuan asas dan kita jugak pernah belajar semasa di bangku sekolah dulu. Tapi, kita ingat lagi ke fakta-fakta sejarah ni? Jom kita uji hebat tak orang Malaysia pasal sejarah Melaka?

Weyh! Tak sangka power jugak pengetahuan sejarah diorang ni kan. Kebanyakkan yang kami tanya boleh jawab soalan pasal sejarah Melaka. Siap ada yang boleh menari tarian Baba Nyonya. Salute!

Auditorium teater berputar pertama Asia kini di Melaka !

Bagi korang yang berminat nak tengok secara live sejarah empayar negeri Melaka, ni peluang terbaik! Korang boleh pergi tonton persembahan teater ni kat Encore Melaka.

Persembahan istimewa ni menampilkan 200 orang local performers. Paling cool, auditorium ni boleh berputar 360 darjah weyh! Confirm epic persembahan teater ni.

Jangan risau kalau tak cukup tempat duduk. Auditorium ni boleh memuatkan sehingga 2000 orang penonton dalam satu masa.

So, apa tunggu lagi? Jomlah pergi tengok persembahan teater yang akan memukau mata korang semestinya di Encore Melaka!

Jom tengok bawah ni.

SKIP THIS AD ×