berita

[VIDEO] Terlupa Tutup Mikrofon, Gadis Selamba Menyanyi Depan Timbalan Naib Canselor

July 3rd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang gadis melalui detik yang memalukan dirinya gara-gara terlupa untuk menutup mikrofon ketika sedang meeting secara dalam talian bersama pihak pengurusan tertinggi di sebuah universiti pengajian awam.

Selamba menyanyi depan TNC

Menerusi video yang dimuat naik oleh __patehah di akaun TikTok, kelihatan seorang gadis yang dikenali sebagai Faiza Azmi sedang leka bernyanyi tanpa menyedari bahawa dia tidak menutup mikrofon.

Lebih memalukan lagi apabila meeting berkenaan dihadiri seramai 100 orang termasuklah Timbalan Naib Canselor universiti berkenaan.

Walau bagaimanapun, seorang lelaki yang berada dalam meeting itu menyedari perkara tersebut dan menyuruh Faiza untuk menutup mikrofonnya. Rata-rata yang berada di dalam meeting itu turut terhibur dengan gadis tersebut.

Eh sempat dia nyanyi kat TNC. Yang penting enjoy. Faiza tolong off microfon. Sedap sangat suara tu. Buat konsert pula kau malam Jumaat ni ye.

Video yang berdurasi 32 saat itu meraih sebanyak lebih 480 ribu tontonan dan mendapat lebih 60 ribu tanda suka.

‘Masalahnya ada Timbalan Naib Canselor?’

@__patehahMasalahnya ada Timbalan Naib Canselor UiTM Shah Alam ? ##uitm ##uitmdihatiku ##odl ##viral ##berandafyp? Buffering – ???

‘Dah boleh pindah uni ni malunya’

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat gadis berkenaan. Malah ada juga di antara warganet menceritakan pengalaman mereka yang turut terlupa untuk menutup mikrofon.

Sumber : __patehah

SKIP THIS AD ×