berita

[VIDEO] Terperangkap Dalam Jem, Nabila Razali Selamba Naik Motor Pergi Show…

April 18th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Akibat terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika ingin menghadiri sebuah acara pada malam Ahad, penyanyi Nabila Razali terpaksa menahan seorang penunggang motosikal.

Nabila Razali pergi show naik motor

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nabila yang mengenakan pakaian berwarna hitam dan putih sempat meminta tolong individu terbabit untuk menumpangkannya ke lokasi program yang terletak tidak jauh dari lokasi kesesakan lalu lintas tersebut.

Dah lambat nak pergi show, Nabila terpaksa tahan motosikal nak tumpang. Jalan sesak teruk, tinggal beberapa meter sahaja lagi nak sampai.

Turut kelihatan, Nabila memegang beg yang digalas individu itu bagi menstabilkan kedudukannya di bahagian tempat duduk pembonceng motosikal berkenaan. Pelantun lagu Peluang Kedua ini juga sempat berpesan kepada lelaki itu supaya tidak menunggang motosikal dengan laju.

Maaf saya pegang beg, ya. Jangan laju-laju,

Kejadian dipercayai berlaku di Jalan Ipoh ketika Nabila dalam perjalanan ke Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2023 yang diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur.

Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya bimbang akan keselamatan Nabila yang tidak memakai topi keledar (helmet) lebih-lebih lagi dengan keadaan jalan raya yang sesak. Tidak kurang juga, ada yang sempat berseloroh menyatakan lelaki tersebut bertuah kerana pembonceng motosikalnya adalah Nabila Razali.

Video

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×