berita

[VIDEO] Terperangkap Di Parkir, Mat Salleh Berlagak Samseng Tumbuk Guard

April 5th, 2019 | by faris
Video Popular

Tindakan seorang lelaki Mat Salleh yang menunjukkan lagak samseng dengan menumbuk pegawai keselamatan viral di Facebook. Kejadian tersebut berlaku di sebuah pasar raya di Singapura baru-baru ini.

Video berkenaan kemudiannya dimuatnaik di page Facebook All Singapore Stuff dan mendapat kecaman netizen negara itu.

Berlaku di parkir pusat beli-belah

Lelaki Caucasian itu terperangkap di parking kereta dan melempiaskan kemarahannya kepada pegawai keselamatan yang mahu menolongnya keluar. Video yang dirakam seorang individu lain ini bermula dengan pegawai keselamatan meminta lelaki Mat Salleh bercakap sopan dengannya dan dibalas dengan carutan ‘F*ck off!’.

Dia juga sempat merakam video perbuatannya itu dengan telefon bimbitnya. Pegawai keselamatan itu meminta lelaki bertubuh gempal untuk bekerjasama namun hanya disambut dengan gelak ketawa.

Pegawai keselamatan itu tidak lama kemudian memaklumkan dia akan menunjukkan jalan keluar, namun dia dihalang dengan lengan lelaki warga asing berkenaan.

Pegawai itu kemudiannya mengatakan ada 3 jalan keluar dan dia akan menolong menunjukkannya. Lelaki Mat Salleh membalas dengan gelak tawa dan tetap bercakap dengan ke arah telefon yang sedang merakam.

Mereka berdua berjalan ke satu bahagian di parkir itu dan lelaki Mat Salleh memanggil pegawai keselamatan itu ‘si bodoh’. Lelaki asing tersebut membentes kaki guard berkenaan dan menumbuk sehingga terjatuh guard itu sehingga terjatuh.

Netizen minta Mat Salleh diburu

Sumber: All Singapore Stuff

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×