berita

[VIDEO] Terpisah Akibat PJJ, Isteri Buat ‘Suprise’ Sempena Hari Jadi Suami – ‘Kita Tengok Pun Rasa Sebak…’

September 23rd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Umum mengetahui, pihak kerajaan telah memberi kebenaran pergerakan rentas negeri dan daerah bagi pasangan jarak jauh (PJJ). Berita gembira ini sudah pastinya dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang selama ini terpisah.

Artikel Berkaitan:[VIDEO] 8 Bulan Tak Balik, Anak Buat Suprise. Reaksi Ibu Bapa Undang Sebak – ‘Alhamdulillah Hari Ini Balik Dengan Kejayaan’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Tak Boleh Balik PKP, Ayah Tetap Masak Menu Raya, Bikin Netizen Tersentuh

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Sebak Dengar Ucapan Hari Jadi Daripada Anak-Anak, Tak Dapat Nak Balik Kampung Lagi…

Rindu seorang suami

Seperti perkongsian pemilik TikTok, dikenali sebagai Intan tampil menceritakan kejutan yang dibuat seorang isteri kepada suami tercinta. Menerusi video tersebut, si suami pada mulanya sama sekali tidak mengetahui isterinya akan pulang memakai costume maskot dan membuat kejutan.

Pada mulanya, lelaki ini hanya membacakan kad ucapan istimewa bersempena hari jadinya bagaimanapun, kejutan yang dibuat isterinya membuatkan si suami gagal menahan sebak. Difahamkan, si isteri tinggal di Ipoh dan suaminya turut akui rasa rindu yang mendalam terhadap isteri tercinta.

Wajib tengok. Air mata seorang suami. Orang pasangan jarak jauh ja faham perasaan ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat video tersebut dan pada masa yang sama turut menitipkan doa buat pasangan ini.

Video penuh:

@intanzulkiflyPart 1 , sek2 mu wajid tengak . Air mata seorang suami . Orang ##pjj je faham perasaan ni ##? ##suprised ##bouquet ##ganu ##setiu ##wifeandhusband? bunyi asal – INTAN NURATIQAH MAZDIANA ?

Kita tengok pun sebak!

Sumber: Intan

SKIP THIS AD ×