berita

[VIDEO] Tersalah Masuk Tandas Wanita, Lelaki Takut Nak Keluar Tertidur Tunggu Tandas Kosong

March 9th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Mungkin ada yang pernah berdepan dengan situasi yang memalukan atau mengaibkan  diri dalam hidup masing-masing seperti tersalah masuk tandas ketika berada di pusat membeli-belah.

Cuak tersalah masuk tandas

Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Rizqin Daniel, berkongsi pengalaman yang tidak akan dilupakan olehnya apabila dia tersalah masuk ke dalam tandas wanita.

Korang tolong aku, aku tersalah masuk tandas. Tiba-tiba dengan suara perempuan pulak.

Ujarnya lagi, dia tidak sengaja memasuki dalam tandas terbabit kerana ikon pada papan tanda tandas berkenaan mencetuskan salah faham sehingga menyebabkan dia ‘terperangkap’ dalam tandas wanita.

Risau wanita akan menjerit jika dia keluar daripada tandas berkenaan, lelaki tersebut membuat keputusan untuk menunggu sehingga tiada siapa di dalam tandas berkenaan.

Aku dah tak larat dah nak tunggu orang tak ada. Aku tertidur. Baru perasan ada tong sampah for women.

Setelah menunggu lama untuk keluar, akhirnya lelaki terbabit berjaya ‘meloloskan diri’ daripada tandas berkenaan sehingga bateri telefon bimbitnya tinggal sedikit.

Aku dah keluar. Sorry muka barai. Thank you yang mana concern. Battery phone sikit bye.

‘Aku tertidur’

@rizqindanielSaya tak sengaja. Washroom icon dia confusing sangat . ???? original sound – Rizqin Daniel

@rizqindaniel Reply to @atinssss ? original sound – Rizqin Daniel

@rizqindaniel Reply to @alfnrazhr ? original sound – Rizqin Daniel

Sumber : rizqindaniel

SKIP THIS AD ×