Pelakon Atikah Suhaime dan suami, Datuk Lokman Teh meraih perhatian netizen apabila dilihat bijak berbelanja dalam menyediakan persiapan bayi yang bakal lahir.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaime Tak Makan Ayam Sejak Kecil – ‘Saya Geli Dengan Bau & Rasa’

Artikel Berkaitan: Emosi Tak Menentu, Atikah Suhaime Teruja Bakal Bersalin Bayi Sulung – ‘Tapi Takut Nak Beranak’

Barang bayi

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Mohd Suhaime dilihat teruja ‘unboxing’ barangan bayi yang dibeli suaminya menerusi dalam talian.

Unboxing video, kali ini suami beli online pulak.

Dalam pada itu, perkongsian tersebut meraih pujian daripada netizen yang menyifatkan Lokman seorang suami yang prihatin terhadap keperluan ibu dan bayi yang bakal lahir.

Rezeki dapat suami baik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara perbelanjaan Atikah dah suami dalam membuat persediaan menimang cahaya mata. Selain itu, warganet turut menyifatkan Atikah seorang isteri yang beruntung kerana dianugerahkan suami yang baik.

Sumber: Instagram @therealatikahsuhaime