berita

Video : “The Recycled Orchestra”, Tukar Sampah Jadi Muzik

December 21st, 2012 | by Ai
Hollywood

Jika anda rasa diri anda tidak setaraf dengan pemain muzik lain dan mahukan alat muzik yang lebih mahal untuk kelihatan lebih bagus, anda silap.

Sebuah tempat di daerah Cateura, Paraguay hanya mengitar semula sampah yang dikutip menjadi sebuah alat muzik. Kawasan yang didiami lebih 25,000 keluarga miskin ini menempatkan mereka bersama sampah-sampah yang telah dibuang. Namun, semenjak seorang lelaki menjumpai biola yang rosak dan telah membetulkannya semula, disitulah bermulanya sejarah “The Recycled Orchestra”.

Kini, kumpulan orkestra ini mempunyai 20 orang kanak-kanak yang menggunakan bahan terbuang untuk alatan muzik masing-masing seperti cello, gitar klasik, drum set, biola, saxofon, flute dan macam-macam lagi. Percaya atau tidak, “The Recycled Orchestra” telah pun memainkan muzik-muzik seperti Beethoven, Mozart, Henry Mancini dan The Beatles dan kini sedang mencipta nama, sedikit demi sedikit.

p/s : Kalau mahu berjaya, dengan sampah pun boleh. Tapi, kalau sudah berjaya, jangan pula jadi sampah.

Sumber : MiamiHerald

SKIP THIS AD ×