berita

[VIDEO] Throwback Moment Lamar Isteri 3 Tahun Lalu, Saharul Ridzwan Bikin Netizen Sebak

August 23rd, 2019 | by Shahira
Lensa Insta

Bagi pasangan yang berkahwin, asam garam dalam kehidupan berumah tangga adalah perkara biasa yang sering berlaku. Setiap pasangan mempunyai cara yang berbeza-beza untuk mengatasi masalah dan mengekalkan keharmonian keluarga. Begitu juga dengan pelakon popular, Saharul Ridzwan dan isteri, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir.

Dinikahkan pada 16 September 2016, tahun ini merupakan tahun ketiga perkahwinan mereka. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Luth Ali.

Moment indah 3 tahun lalu

https://www.instagram.com/p/B1bXdnfhtUu/?utm_source=ig_web_copy_link

Saharul Ridzwan menerusi instagram ada berkongsi satu video ‘throwback’ ketika melamar isterinya tiga tahun lalu untuk mengenang kembali dan mengekalkan saat-saat bahagia itu.

Dalam video berdurasi 0.51 saat itu, Saharul Ridzwan yang melamar isterinya dilihat sebak dalam kegembiraan. Pasangan ini mula berkenalan selama empat tahun sebelum mereka diijabkabulkan.

Komen peminat

‘Semoga hubungan kekal hingga ke jannah’

Rata-rata peminat membanjiri di ruangan komen instagram milik Saharul Ridzwan dan mereka turut mendoakan kebahagian pasangan itu hingga ke jannah. Saharul dan Deena turut membalas komen dari peminat-peminat mereka.

Sumber: Saharul Ridzwan

SKIP THIS AD ×