![[VIDEO] ‘Tiada Istilah Menangguk, Kami Sudah Berbincang, Ada Mas Kahwin’ – Aliff Syukri](https://asset.ohbulan.com/2026/05/aliff-syukri-2.jpg)
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tampil menjawab dakwaan netizen yang mendakwa dirinya mengambil kesempatan terhadap selebriti yang sedang berdepan kontroversi atau kesusahan hidup demi meraih perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Setuju Aliff Syukri Masuk Politik, Fokus Pada Perniagaan Sahaja’ – Shahida
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Semoga Asyraf Wajdi Dusuki Boleh Bimbing Saya, Mungkin Angan-Angan Jadi Realiti’ – Aliff Syukri
Aliff Syukri dedah ramai minta bantuan
Menurut Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, dia mengakui ramai selebriti sendiri menghubunginya untuk mendapatkan bantuan kewangan, namun memilih untuk tidak mendedahkan identiti mereka kepada umum.
Ramai artis yang hubungi saya minta duit, cuma saya tak dedahkan siapa mereka.
Ketika ditanya mengenai dakwaan kononnya dia ‘menangguk di air keruh’ menerusi kolaborasi bersama artis viral, Aliff, 39, berkata setiap kerjasama yang dilakukan adalah atas persetujuan kedua-dua pihak.
Tiada istilah menangguk atau tidak menangguk di air yang keruh. Kalau bukan saya yang menangguk mungkin ada orang lain yang menangguk.
Cuma saya yang terawal. Setiap kolaborasi kita bersama artis adalah atas persetujuan artis itu sendiri.
Sebagai seorang usahawan, semestinya saya akan pilih orang yang sedang ‘famous’. Siapa yang tengah viral, saya ambil. Cuma sekarang ini orang suka tengok artis yang baru lepas cerai, kena pukul, keluar penjara. Inilah realiti.
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Abang Nak Tegur’ menjelaskan golongan selebriti sememangnya menjadikan ulasan produk di media sosial sebagai salah satu sumber pendapatan tambahan mereka.
Sebelum saya nak menangguk pun kami sudah berbincang, ada mas kahwin, ada akad, sama-sama sedap.
Aliff bukan menteri, YB
Mengulas mengenai permintaan netizen yang mahu dirinya lebih banyak membantu individu susah, Aliff berkata dia ada menghulurkan bantuan namun tidak semua perkara dikongsikan kepada umum.
Mereka suruh saya membantu orang ramai, mereka perlu ingat saya bukan YB atau menteri.
Saya siang malam berniaga sampai mata bengkak. Bila jual murah pun mereka minta harga murah lagi.
Dalam masa sama, Aliff turut menafikan tanggapan kononnya persatuan artis tidak memainkan peranan membantu penggiat seni yang berdepan kesukaran.
Terdahulu, Aliff baru sahaja melancarkan kempen Jualan Mega Terlajak Raya Aidiladha yang menawarkan hadiah bernilai RM300,000 termasuk wang tunai, pakej umrah serta pakej percutian.
Kolaborasi ini merupakan kerjasama pertama antara Aliff Syukri bersama GNI Pharma Sdn Bhd sempena pelancaran produk terbaru iaitu Sabun Blue Peptide, yang ditawarkan dalam combo istimewa bersama Gel Mandian Sabun Bidara Papa Laris.