![[VIDEO] ‘Tidak Mungkin Dr Afifah Tak Tahu Mengapa Perceraian Itu Berlaku’ – Nubhan](https://asset.ohbulan.com/2025/10/eufRYHdp-nubhan-2.jpg)
Penyanyi dan usahawan Nubhan, memperjelaskan mengenai isu keretakkan rumah tangganya bersama isteri, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nubhan Buat Kejutan Sertai GV12, Berikut Senarai Penuh Peserta
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nubhan Sengaja Tidak Ambil Tahu Jumlah Wang Syarikat, Elak Jadi Hamba Duit
Tahu punca

Ketika ditemui OhBulan!, Nubhan atau nama lengkapnya Ahmad Nubhan Ahamad, 39, menegaskan bahawa isterinya mengetahui tentang punca mengapa mereka memilih untuk mengakhiri bahtera perkahwinan dengan perpisahan.
Perkara ini sangat berat dan tidak semua orang mahu ia berlaku. Saya fikir tentang perkara ini sudah lama.
Dakwaan yang mengatakan dia tidak tahu mengapa diceraikan, itu tidak mungkin.
Tidak mungkin dia tak tahu mengapa perceraian itu berlaku.
Menurut Nubhan, dia dan Afifah sebelum ini juga pernah merujuk ahli keluarga dan mendapatkan nasihat daripada pakar rumah tangga untuk memperbaiki hubungan.
Saya berberapa kali sudah berbincang dengannya tentang perkara ini. Saya jumpa dengan bapa dan juga ibu saudara dia untuk minta nasihat.
Saya juga pernah bawa dia untuk bertemu pakar rumah tangga.
Bila dia tak kata tahu mengapa diceraikan, pada saya itu tidak wajar.
Nubhan berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengumuman peserta program nyanyian Gegar Vaganza 12 (GV12) yang berlangsung di TRX, Kuala Lumpur pada Khamis.
Tak dedah punca
Bagaimanapun, pelantun lagu Ada Untukmu itu memilih untuk tetap tidak mendedahkan punca perceraian mereka.
Saya cuba bertahan dan bukannya kami tidak pernah cuba untuk baiki hubungan.
10 tahun bukan sekejap, anak juga adalah sebab mengapa kami bertahan selama ini. Tetapi segala yang kami lalui, biarlah kami sahaja yang tahu.
Saya juga bersyukur atas apa yang terjadi. Selama menjadi suami saya tidak pernah culas dengan tanggungjawab mahupun kasih sayang. Mungkin takdir sudah tertulis, sampai di sini sahaja.
Untuk info, Nubhan pernah melafazkan talak satu kepada Afifah pada 2017 sewaktu dia sedang enam bulan hamil anak pertama mereka.
Namun, mereka merujuk semula, bagaimanapun lafaz talak dan rujuk itu tidak dilaporkan kepada Mahkamah Syariah dan pejabat agama.
Kemudian, Nubhan selaku plaintif memfailkan pengesahan lafaz talak pertama (2017), rujuk dan lafaz talak kedua (Ogos 2025) di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Hakim Tuan Muhamad Nazri Basrawi menetapkan 2 Disember depan untuk perbicaraan pertama dan keterangan utama pihak plaintif.
Sekadar rekod, Nubhan dan Afifah Hidayah juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.
Perkahwinan mereka diserikan dengan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.








