berita

Video TikTok Teori Konspirasi Konsert Travis Scott Di Astroworld Festival Diturunkan, 8 Orang Dipercayai Terkorban

November 11th, 2021 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Foto: Kredit: Amy Harris/Invision/AP

Siapa sangka, sebuah konsert hiburan bertukar tragedi apabila sekurang-kurangnya lapan orang maut dan yang lain cedera setelah dihempap oleh orang ramai yang hadir ke Astroworld Festival pada 5 November 2021 di NRG Park, Houston, Texas.

Susulan daripada itu, penyanyi, Travis Scott dalam satu video telah berjanji untuk membantu keluarga lapan orang yang terkorban semasa konsertnya di Astroworld Festival, Texas, baru-baru ini.

Patut hentikan konsert

Foto: BBC via Getty Images

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Bandar Houston Sylvester Turner dalam satu sidang akhbar, mangsa-mangsa yang terlibat berusia di antara 14, 16, 21, 23 dan 27 tahun. Manakala, salah seorang mangsa masih tidak diketahui dan tiada individu dilaporan hilang setakat ini.

Sekurang-kurangnya 25 orang telah dihantar ke hospital dan 13 orang daripada mereka masih dirawat di hospital pada petang Sabtu. Lima daripada mereka berusia 18 tahun ke bawah.

Klip video ketika konsert tersebut berlangsung telah mula viral di media sosial. Menerusi klip video tersebut, netizen dapat melihat ambulans sukar untuk melalui jalan yang sempit dan dibanjiri manusia ketika kosert tersebut berlangsung. Malah, ramai juga yang berpendapat bahawa Travis Scrott sepatutnya menghentikan konsert tersebut apabila mendapati ada penonton yang mengalami kecederaan.

Terpinga-pinga ketika ambulans tiba

Menerusi sebuah video daripada pengguna Twitter, Travis Scott pada ketika itu dilihat berhenti menyanyi dan berada dalam keadaan yang terpinga-pinga ketika ambulans hadir melalui jalan yang sempit di antara ribuan penonton. Menurut Turner lagi, kes ini terdapat banyak persoalan yang tidak terjawab.

Dalam beberapa hari akan datang, beberapa minggu, mungkin lebih lama lagi, kami akan melihat secara mendalam semua yang berlaku, mengapa ia berlaku, apakah langkah yang boleh kami lakukan untuk mengurangkan insiden seperti ini daripada berlaku.

Menurut laporan CNN pula, secara rasminya kejadian penonton dihempap di konsert tersebut bermula selepas jam 9 malam sebaik sahaja giliran Travis Scott bermula. Malah, setiap kawasan menjadi lebih terbuka, ujar salah seorang penonton konsert tersebut iatu Alexis Guavin.

Lebih mengeruhkan keadaan, 50 ribu orang penonton berlari ke hadapan dan memampatkan semua orang sehingga diri mereka kekurangan udara. Syarikat yang bertanggungjawab menganjurkan acara tersebut iaitu Live Nation mengeluarkan kenyataan bahawa mereka turut bersimpati terhadap kesemua keluarga mangsa yang  terkesan di atas kejadian ini.

Terbaru, jurucakap TikTok memberitahu bahawa pihaknya sedang mengalih keluar sebarang kandungan yang mencurigakan berhubung teori konspirasi konsert tersebut. Antara teori yang dikaitakan berhubung konsert berkenaan adalah tarikh acara itu berlangsung merupakan tarikh yang sama dengan penubuhan Gereja Syaitan. Di samping itu, ada juga segelintir pihak yang mendakwa lirik penyanyi rap itu bersifat Syaitan.

Sumber: CNN & BBC

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×