berita

[VIDEO] ‘Tinggal Kejap Ambil Barang Dalam Rumah’ – Detik Cemas Anak Nubhan Terkunci Dalam Kereta

October 15th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Malang tidak berbau! Ini lah ungkapan yang sesuai menggambarkan detik cemas yang dihadapi oleh penyanyi, Nubhan Ahamad apabila puteri sulungnya, Aafiya Kamilia terkunci di dalam kereta mewah miliknya.

Kejadian itu dikatakan berlaku semasa dia mengambil barang di dalam rumah dan meninggalkan anaknya sendirian di dalam kereta.

Tinggal sekejap, ambil barang dalam rumah

https://www.instagram.com/p/B3l70Hshi-E/

Menurut Nubhan, pada asalnya dia meninggalkan Aafiya dalam keadaan kereta yang tidak berkunci tetapi anak perempuannya itu telah mengunci kereta tersebut ketika dia berada di dalam rumah untuk mengambil barang.

Menyedari kereta tersebut telah berkunci, dia kemudian mengajar Aafiya untuk menekan button unlock tetapi tidak berjaya. Dia kemudian meminta pertolongan rakannya untuk membuka pintu tersebut. Aafiyah dikatakan terperangkap di dalam kereta selama 15 minit.

Nasihat netizen

Rata-rata netizen menasihati Nubhan dan orang ramai agar lebih berhati-hati dan peka dengan keselamatan anak-anak.

Mereka juga turut meninggalkan pesanan supaya menurunkan sedikit tingkap dan pintu kereta tidak ditutup dengan rapat agar perkara yang sama tidak berulang lagi.

Sumber: Nubhan Ahamad

SKIP THIS AD ×