berita

[VIDEO] Tolak Wanita Ke Landasan Kereta Api, Lelaki 31 Tahun Ditahan Polis

June 8th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Daily Mail

Polis New York City telah menahan seorang lelaki yang disyaki menolak seorang wanita berusia 52 tahun ke landasan kereta api bawah tanah Bronx pada Ahad lalu (5 Jun 2022).

Tolak wanita ke landasan kereta api

Foto: Daily Mail

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan seorang lelaki (suspek), Theodore Ellis berusia 31 tahun sedang berjalan di belakang seorang wanita (mangsa). Suspek secara tiba-tiba memegang mangsa dan menolaknya dari atas platform ke landasan kereta api bawah tanah di stesen Jackson Avenue.

Orang awam yang berada di situ sempat membantu mangsa naik semula ke platform sebelum kereta api tiba di stesen berkenaan. Mangsa segera dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Difahamkan, mangsa yang mengalami patah tulang selangka dan luka kini berada dalam keadaan stabil.

Susulan daripada insiden itu, pihak polis mula menjalankan siasatan dan mengenal pasti suspek menerusi rakaman CCTV. Ellis kemudian ditahan atas tuduhan menyerang secara melulu dan membahayakan.

Video

Sumber: New York Post, Daily Mail

SKIP THIS AD ×