Pendakwah bebas, Ustaz Lah tampil berkongsi peringatan mengenai sikap segelintir ibu bapa yang cemburu terhadap kebahagiaan anak sendiri.

Artikel Berkaitan: Ustaz Ahmad Dusuki Tampil Bersuara, Mohon Tidak Sulitkan Proses Pengebumian – ‘Ada Pun Peraturan Di Dunia Janganlah Di Susahkan’

Artikel Berkaitan: Menjelang Awal Muharram, Ustaz Azhar Idrus Ajak Umat Islam Perbanyak Istighfar & Doa

Jangan cemburu dengan anak, menantu

@ustazlahunofficial

Jangan iri dengan kebahagiaan anak. Doakan mereka terus bahagia, kerana senyuman mereka adalah hadiah terbesar untuk ibu bapa.. Ustazlah🌹 #ustazlah #kehidupan #ibubapa #anakanak #fyp

♬ original sound – Ustazlah Unofficial – Ustazlah Unofficial

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Ustaz Lah menegaskan bahawa ibu bapa seharusnya bersyukur apabila melihat anak-anak mampu membahagiakan pasangan dan keluarga mereka, bukannya menyimpan rasa iri hati.

Tolong jangan ada rasa cemburu dengan anak sendiri.

Itu anak kita, dia nak bahagiakan keluarga. Dia bahagia tu, alhamdulillah. Janganlah cemburu, janganlah masam muka.

Menurutnya, ada segelintir ibu bapa yang berasa cemburu apabila anak membawa isteri bercuti atau menghadiahkan sesuatu kepada pasangan sehingga membandingkan layanan yang diterima.

Tengok anak bawa isteri dia pergi bercuti, rasa cemburu. Tengok anak belikan isteri gelang emas, tak ada pun beli mak gelang emas. 

Dia bahagia tu, alhamdulilah. Kalau dia tak bahagia macam mana pula? Susah juga kita nanti.

Janganlah kita cemburu dengan anak, tak puas hati pula dengan menantu kita. Jangan macam tu.

Ustaz Lah turut mengingatkan bahawa perasaan tersebut boleh memberi kesan buruk kepada hubungan kekeluargaan.

Dengan apa sahaja yang berada di sekeliling dan, apabila kita bergembira dengan mereka, Allah akan datangkan kegembiraan semula kepada kita. Percayalah.

Sumber: TikTok Ustaz Lah