Pelakon, Tony Eusoff meluahkan hasratnya untuk diberi kepercayaan membawa watak ‘orang kampung’.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Serah Kepada Kalian Untuk Percaya Atau Tidak Video Itu’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tony Eusoff Dedah Hampir 10 Tahun Tidak Dibenar Masuk Singapura

Watak orang kampung

@suhanchannelofficial

“Tony nak sangat bawak watak orang kampung!” SETIAP HARI AHAD | 9 MALAM | YOUTUBE SUHAN CHANNEL DAN USANITA @Rosyam Nor @Nanahasan_07 @usanita.hq #podcasthitamputihkehidupan #podcast #countdown #suhanchannel

♬ original sound – Suhan Channel Official – Suhan Channel Official

Menerusi sebuah sesi temu bual, Tony atau nama sebenar Anthony Joseph Hermas Rajiman, 48, beranggapan watak orang kampung lebih santai berbanding watak korporat yang sering disandangnya.

Ujar pelakon berusia 48 tahun itu, dia yakin akan kemampuannya dalam menjayakan watak orang kampung dengan pengalamannya yang tinggal di Siburan, Sarawak.

Aku nak sangat bawa watak orang kampung.

Boleh tak bagi aku watak itu.

Kalau saya diberi watak orang kampung, celah gigi saja sebab kita dah lalui.

Salah satu sebab kenapa saya nak pegang watak ini adalah kerana kita dibenarkan untuk pakai baju yang simple dan menyejukkan.

Saya pula jenis orang yang kuat berpeluh, selalu dapat watak ‘mat korporat’.

Fasih berbahasa Melayu

Dalam pada itu, Rosyam Nor sebagai pengendali sesi temu bual kagum dengan kefasihan Tony berbahasa Melayu walaupun dirinya merupakan anak kelahiran Sarawak.

Menurut Tony, dia mempraktikkan bahasa Melayu hanya di sekolah sahaja.

Saya bermula daripada sekolah cina.

Tapi boleh bertutur saja. Masuk sekolah kebangsaan dan menengah saya tidak ambil aliran cina lagi.

Di Sarawak, kami cakap bahasa Melayu Sarawak.

Saya hanya akan guna atau pratikkan bahasa Melayu semasa di sekolah.

Berkongsi lebih lanjut, Tony mendedahkan subjek Bahasa Melayu yang diambil semasa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hampir gagal kerana kurang menggunakan bahasa tersebut.

Sumber: TikTok @suhanchannelofficial