berita

[VIDEO] Trend ‘Berdua Bersatu’ Bikin FYP di TikTok, Sampai KJ Pun Terjebak!

August 24th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Umum mengetahui, aplikasi TikTok menjadi salah satu platform media sosial paling berpengaruh kerana menampilkan cara unik untuk memikat penggunanya menerusi muat naik video pendek.

Tak dinafikan, pelbagai trend telah popular sehingga menjadi ikutan pengguna di TikTok.

Trend ‘Berdua Bersatu’ hits di TikTok

Sejak awal Ogos lalu, lagu Berdua Bersatu oleh kumpulan Forteen yang terdiri daripada Izzue Islam, Ariz Lufias, Ameer dan One kembali hits berikutan dengan trend popular di TikTok. Trend miming lagu ‘Berdua Bersatu’ ini pada awalnya dilakukan oleh kumpulan Boisover sebelum ianya menjadi ikutan ramai.

Video pendek yang telah dimuat naik di TikTok Fariqmacfly kini mencecah 2 juta tontonan. Dalam video tersebut memaparkan kumpulan Boisover iaitu Fariq, Nazmee, Adan dan Dot melakukan miming sambil meniru tarian Forteen seperti muzik video. Lebih menarik perhatian apabila mereka turut menunjukkan ekspresi wajah dengan gaya tersendiri.

Ramai pengguna TikTok telah ‘terjebak’ dengan trend ini termsuklah Khairy Jamaluddin (KJ) bersama penyampai radio Hot FM, Izzue Islam dan ramai lagi.

Berikut adalah beberapa kompilasi trend ‘Berdua Bersatu’

@fariqmacfly? original sound – Fariq Iqwan ®

@hotfm976_ Berdua Bersatu parodi tapi ni special sebab ada tuan punya lagu! Ada @Izzue Islam sekali ni, lurveeeee! ?? #berduabersatu #forteen #hotfm ? original sound – Fariq Iqwan ®

@hotfm976_ Semalam ramai yang request suruh buat Berdua Bersatu parodi ni dengan Chief @Khairykj kan, hah ni min tunaikan! Walaupun semua lirik kelautttt ? Boleh fight abang baju pink tak? @JozlynnHanania_ @INIREALFAFAU @AGAzmeer #berduabersatu #berduabersatuforteen #forteen #hotfm ? original sound – Fariq Iqwan ®

@ariffhakimii berdua bersatu dngn abang ii sekerja??#fyp ? original sound – Fariq Iqwan ®

@az_mir89 Membalas kepada @Winnie R. Aloysius ? bunyi asal – Mohd Az

Penyanyi asal

@arizlufias Siapa ‘bias’ korang dulu? ?? #forteen #berduabersatu #izzueislam #arizlufias #onerizu #ameerais ? original sound – Fariq Iqwan ®

Bakal kolaborasi bersama Forteen

Foto: Boisover

Sementara itu, menurut Fariq, Boisover bersama Forteen berkemungkinan akan melakukan remake ‘Berdua Bersatu’, namun perkara tersebut masih dalam perbincangan.

Sekadar info, Boisover merupakan penyanyi di bawah naungan Rusa Music. Kumpulan yang terdiri daripada lima pemuda ini bakal mengeluarkan single terbaharu mereka tidak lama lagi.

Muzik video Berdua Bersatu

Sumber: TikTok, Youtube

SKIP THIS AD ×