Peguam dan juga personaliti media sosial, Tun Laila akui tidak selesa apabila diajukan soalan mengenai zuriat pada dirinya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Terima Kasih Sebab Jaga Saya Sepanjang Perjalanan Umrah Kita’ – Tun Laila

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tun Laila Sedih Netizen Komen Make Up Tak Naik Seri – ‘Video Itu Diedit Sampai Nampak Flawless’

Diaju soalan zuriat

@yarafaee

“dah ada isi ke?” doakannn ok my point still stands huhu 😭😩

♬ original sound – Tun Laila – Tun Laila

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Tun Laila berpendapat soalan mengenai zuriat tidak sepatutnya diajukan kepada mana-mana pasangan yang sudah berkahwin.

Tambahnya, setiap pasangan memiliki cara tersendiri untuk memiliki cahaya mata bersesuaian dengan situasi dan pendekatan masing-masing.

Aku masih tak biasa kalau ada orang tegur dah ada isi atau belum.

Aku rasa sangat janggal.

Itu soalan sensitif. Mendoakan tak mengapa.

Aku baru kahwin. Soalan itu tak boleh ditanyakan kepada pasangan baru kahwin atau yang dah lama kahwin.

Setiap pasangan lain-lain. Ada yang merancang, ada yang belum dikurniakan rezeki.

Ramai tak selesa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wanita berkahwin meluahkan rasa yang sama apabila diasak soalan tentang zuriat.

Untuk info, Tun Laila selamat diijabkabulkan bersama jejaka pilihannya iaitu Timbalan Pendakwa Raya, Amir Haiqal pada 8 November lalu.

Sumber: TikTok @TunLaila