![[VIDEO] ‘Tunjuk Resit Lah!’ – Netizen Bengang Tindakan Remaja Sengaja Rosakkan Barang FamilyMart](https://media.ohbulan.com/2023/11/Wg9Aa3ae-fi10-scaled.jpg)
![]()
Menjadi trend orang ramai membeli makanan di kedai serbaneka ala jepun yang menyajikan pelbagai jenis makanan yang menarik dan lazat kerana ianya mudah dan pantas. Namun, sikap tidak bertanggungjawab sesetengah individu yang sengaja merosakkan makanan di dalam premis boleh menjadikan pengunjung lain tidak dapat menikmati makanan yang dijual dan merugikan pemilik.
Menerusi laman Twitter Pedoq, memuat naik satu rakaman video menunjukkan seorang remaja lelaki yang seronok merosakkan makanan dengan sengaja. Video tersebut mengundang kemarahan netizen kerana tindakannya seperti tidak bermoral.
Sengaja rosakkan makanan
https://twitter.com/pedoqpop/status/1141685687181123584
Kejadian yang berlaku di Nilai, Negeri Sembilan menunjukkan lelaki tersebut dengan sengaja memicit roti sehingga kempis, membuka dan meminum air botol tanpa membayar dan mengalihkan produk-produk dari susunan yang sepatutnya.
Mendakwa sudah membayar kesemua makanan
https://twitter.com/nnsyafiqahh/status/1141687836178911232
Pengguna Twitter Syafiqah pula memuat naik video penerangan dari pihak lelaki tersebut berkenaan tindakannya itu. Dia mendakwa kesemua makanan yang dirosakkan serta minuman yang diminum telah dibayar. Dia beranggapan video itu hanya bersifat gurauan.
Tunjuk resit lah!
![]()
Walaubagaimanapun, netizen beranggapan bahawa penerangan lelaki tersebut yang mendakwa sudah membayar kesemua makanan dan minuman itu adalah helah semata-mata kerana dia tidak menunjukkan bukti resit yang telah dibayar.






![[VIDEO] ‘Tak Perlu Terlalu Lama’ – Jaja Ishak Nasihat Noorkhiriah Jangan Larut Dengan Kekecewaan](https://asset.ohbulan.com/2026/08/jaja-ishak-noorkhiriah.jpg)

