berita

[VIDEO] Tunjuk Tanda Lucah & Maki Pemandu Wanita, Samseng Jalanan Akhirnya Ditahan Polis

November 11th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, kes buli jalan raya dilihat semakin membimbangkan sehingga melibatkan pergaduhan dan juga kematian. Walaupun perkara ini sering berlaku, tetapi mereka yang tidak bertanggungjawab ini masih bersikap mementingkan diri sendiri dengan memandu secara merbahaya di jalan raya.

Terbaru, viral di Facebook video seorang lelaki menunjukkan isyarat lucah dan menghalang pemandu wanita yang sarat hamil.

Suspek tunjuk tanda lucah

https://www.facebook.com/159396291157284/posts/801405570289683?vh=e&d=n&sfns=mo

Video berdurasi 04:28 saat itu memaparkan pemilik kereta Audi putih tersebut dilihat telah memotong kereta wanita itu dari laluan kiri secara tiba-tiba sebelum bertindak menghentikan kenderaannya dihadapan kereta mangsa.

Suspek kemudian memaki serta memarahi mangsa sebelum menunjukkan isyarat lucah dan merakam gambar mangsa.

Menerusi video yang tular itu, kedengaran mangsa sedang menangis ketakutan akibat tindakan tidak beretika lelaki berkenaan. Mangsa kemudian dikatakan telah membuat laporan di Balai Polis Johor Jaya.

Memaki dan memarahi mangsa

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana telah mengaibkan kehormatan seseorang.

Seorang lelaki bertindak turun dari kereta dan datang ke arah mangsa lalu memarahi dan memaki mangsa selain mengambil gambar mangsa menggunakan telefon bimbitnya.

Menerusi Sinar Harian, suspek berusia 27 tahun itu telah ditahan untuk membantu siasatan. Hasil daripada siasatan, pihak polis akhirnya berjaya menahan suspek.

Satu laporan polis diterima IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Seri Alam Jumaat lalu oleh seorang perempuan berusia 26 tahun di Balai Polis Johor Jaya menyatakan kira-kira 8.30 pagi semasa mangsa memandu di Jalan Johor Jaya, keretanya telah dipotong oleh sebuah kereta lain dari sebelah kiri lalu berhenti di hadapan kereta mangsa.

Sumber:  Sinar Harian, Berita Harian, Facebook

SKIP THIS AD ×