Penerbit dan pengarah Jinggo menyorot perhatian dengan ucapan ulang tahun perkahwinan yang pertama buat anak keduanya, Luth Mikail dan isteri.

Artikel Berkaitan: ‘Yang Free Itu Bayaran Tol’ – Jinggo Husnuzon Sekumpulan Pelanggan ‘Lupa’ Nak Bayar Makanan, Ikut Nasihat Sheila Rusly Suruh Halalkan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Masak Di Kenduri Kahwin Keluarga Besan, Sheila Rusly Dipuji Netizen – ‘Memang Idola, Semua Turun Padang Merewang’

Ulang tahun perkahwinan anak kedua

@jinggofaceyahya

Setahun dah… Alhamdulillah…. Anak anak papa… @luthmikhaill @beatricechitra Dalam hidup kita ini.. Ada kalanya apa kita minta tak dapat… Apa yang kita tak harapkan pula kita diberikan… Kerna yang meminta itu kita, hambanya… Yang memakburkan itu DIA, pencipta segalanya… Teruskanlah berdoa kerana di DIA pasti mendengar dan DIA pasti akan dahulukan apa yang perlu didahulukan dan dikemudiankan yang tidak perlu disegerakan kerana DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita…kita bukan DIA… Happy Anniversary anak anak papa mamma..

♬ original sound – Tok Sidang Jinggo – Tok Sidang Jinggo

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Jinggo atau lebih mesra disapa Tok Sidang, berkongsi momen bersanding Luth Mikail dan pilihan hatinya, Beatrice Chitra.

Pada video berdurasi hampir 40 saat itu, Jinggo sertakan kapsyen yang menyentuh hati sebagai seorang ayah kepada anak dan menantunya.

Setahun dah Alhamdulillah.

Anak-anak papa, dalam hidup kita ini, ada kalanya apa kita minta tak dapat dan apa yang kita tak harapkan pula diberikan.

Kerana yang meminta itu kita, hamba-Nya. Yang memakbulkan itu Dia, pencipta segalanya.

Teruskanlah berdoa kerana Allah mendengar dan pasti akan dahulukan apa yang kita perlukan dan dikemudiankan yang tidak perlu disegerakan kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik.

Selama ulang tahun perkahwinan yang pertama anak-anak papa mama.

Mentua dari syurga

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mencemburui hubungan mentua dan menantu yang akrab seakan memiliki pertalian darah. Selain itu, warganet menjadikan Jinggo dan isterinya, Sheila Rusly sebagai contoh untuk menjadi mentua yang terbaik.

Sumber: TikTok @Tok Sidang Jinggo