Penyampai radio, Shuib dan pasangan, Watie Hanifiah mendedahkan bibit perkenalan mereka bermula menerusi media sosial.
Artikel Berkaitan: Walimatulurus Shuib, Watie Dapat Tajaan 1.7 Juta
Hantar DM
Bercerita kepada OhBulan!, Watie memberitahu ucapan ‘salam takziah’ menjadi permulaan hubungan mereka terjalin. Kata Watie, Shuib membalas mesej yang dihantar selepas lima bulan dan dari situ mereka saling bertukar nombor telefon.
Detik permulaan kami apabila saya DM ucap salam takziah masa arwah Siti Sarah meninggal dunia. Tetapi dia (Shuib) balas mesej itu selepas lima bulan.
Masa saya (Shuib) mesej minta nombor telefon dan saya sangka tak dapat. Tapi masa itu rasa macam apa yang saya buat ini, saya tak sepatutnya minta.
Dia (Watie) pula ambil masa yang lama untuk balas jadi saya pun berserah dan tunggu dia balas.
Watie dan Shuib berkata demikian ketika sidang media Walimatulurus Shuib & Watie yang diadakan di Astro, Bukit Jalil, pada Rabu.
Keluarga sambut baik
Dalam pada itu, Watie yang juga merupakan usahawan yakin untuk menerima Shuib selepas melihat layanan pelawak itu terhadap Allahyarham Siti Sarah ketika hayat masih ada.
Selain itu, Watie gembira apabila kehadirannya disambut baik oleh ibu Shuib, Salamiah Jalani serta ahli keluarga lain ketika mereka pertama kali bersua muka.
Saya ada ambil masa, beritahu keluarga untuk minta pendapat dan mereka juga tahu saya suka budak-budak. Penerimaan anak-anak dan keluarga dia juga sangat baik terutama ibunya. Itu yang buat saya terima.
Dia ada rekod yang baik. Sebab bila kita nak kenal dengan orang itu, kita kena ambil masa yang lama tapi macam dia lain. Saya dah tahu sedikit sebanyak mengenai dia semasa dia dengan arwah.
Dia nampak boleh jadi suami dan pemimpin yang baik. Sebab itu saya yakin nak bawa hubungan itu lebih jauh.
@ohbulanofficial Shuib dan pasangan, Watie Hanifiah mendedahkan bibit perkenalan mereka bermula menerusi media sosial. Aww ? #ohbulan #sembangentertainment #shuibsepahtu #watiehanifiah #berkenalan #di #mediasosial ? original sound – OHBULAN!
Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup.
Sekadar info, Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.