berita

Video: Ulangtahun Perkahwinan Norman Hakim & Memey Suhaiza

September 26th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2013-09-25 at 18.23.35

Rasanya ramai juga peminat-peminat industri hiburan yang sudah boleh menerima hakikat melihat kebahagiaan Norman Hakim di samping isterinya, Memey Suhaiza.

Jika ada yang masih ingat, kisah percintaan kedua-dua pasangan selebriti ini pernah mendapat kritikan hebat dari sesetengah pihak ekoran spekulasi yang mendakwa Memey merampas Norman dari Abby Abadi.

Bagaimanapun, kontroversi itu sudah tidak wujud lagi dalam kehidupan mereka memandangkan masing-masing termasuk Abby sendiri telah berkahwin lain dan sedang berbahagia dengan suaminya.

Screen Shot 2013-09-25 at 18.24.51

Memasuki tahun kedua berumahtangga, Memey baru-baru ini telah membuat satu kejutan untuk suaminya bersempena ulangtahun perkahwinan mereka.

Majlis yang diadakan pada 24 September yang lalu telah dibantu dan dihadiri oleh rakan-rakan rapat Memey dan Norman.

Untuk makluman anda, Norman dan Memey telah diijabkabulkan pada 24 September 2011 bertempat di Johor. Hasil perkahwinan selama dua tahun, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohamed Darwisz Hakim.

Bagi yang sudah lama tidak melihat kelibat mereka, di sini OHBULAN! sertakan video serta foto-foto yang dikongsikan oleh Memey sewaktu majlis sambutan ulangtahun perkahwinannya tempoh hari.