Anak kepada pelakon Abby Abadi, Marissa Dania menyorot perhatian selepas mendakwa netizen mudah tertipu dengan lakonan kemesraan yang ditunjukkan suaminya, Aslam bersama madunya iaitu Umisya Mazlan.

Artikel Berkaitan: Marissa Dania Bidas Aazief Khalid, Minta Jangan Masuk Campur Urusan Keluarga – ‘Tak Boleh Ke Pendapat Simpan Untuk Diri Sendiri?’

Artikel Berkaitan: Umisya Mazlan Dakwa ‘Diblock’ Abby Abadi & Marissa, Jawab Tuduhan Tumpang Populariti Keluarga Madu – ‘Kalau Betul, Saya Dah Buat Konten Pegang Tangan’

Netizen senang kena tipu

Menerusi perkongsian di TikTok, seorang individu meninggalkan komen di video Marissa dengan menyatakan Aslam tidak boleh hidup tanpa Umisya.

Marissa kemudiannya memberi respons dengan mendakwa netizen senang terpedaya dengan lakonan mereka.

Awak jangan tunjuk sangat senang digula-gulakan.

Pun begitu, Marissa telah memadam komentar tersebut selepas ia meraih perhatian ramai.

Perkara itu turut mendapat perhatian Umisya apabila dia bertindak untuk ‘repost’ tangkap layar itu di TikTok miliknya.

Menerusi tinjauan OhBulan!, Umisya juga dilihat memuat naik gambar bersama anak perempuannya selain meletakkan quote di pengakhiran gambar bersama kapsyen yang mempunyai maksud tersirat.

Ada wanita yang sanggup memodifikasi tulang rusuknya sedemikian rupa, bertahan dari sekian benturan, hingga ia lupa dia seorang wanita.

Sementara itu, menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan Marissa.

‘Rasa nak peluk Umisya’

Sumber: TikTok (1), (2)