berita

‘Budak Sekolah Itu Belajar Dari Video Kau’ – Hasilkan Video Lawak Berunsur Lucah, Penceramah Tegur Zukie

October 18th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Zulkifli Muhammad atau lebih dikenali sebagai Zukie merupakan seorang YouTuber yang terkenal di negara ini. Beliau memulakan kerjayanya bersama rakan beliau, Jamal menjadi sangat terkenal sehingga muncul dalam program Super Spontan. Kini selepas beliau dan rakannya Jamal memilih untuk membawa haluan masing-masing, beliau bekerjasama dengan seorang kanak-kanak pula bernama Oyot.

Namun video kelakar berunsur lucah yang seringkali dihasilkan oleh mereka mampu merosakkan minda pelajar sekolah sehingga seorang penceramah, Akhi Fairuz Al-Jengkawi meluah rasa kecewanya kepada Zukie dan Oyot menerusi Facebook milik beliau. Betul juga cakap penceramah ni.

Menerangkan fungsi tubuh badan

Dik Zukieeeee dan Oyot, mari abang kongsikan satu cerita.

Baru-baru ni abang buat program dengan budak sekolah rendah. Dalam ceramah berkenaan, abang kena terangkan fungsi tubuh badan. Satu persatu abang cerita bermula dari bahagian muka hinggalah ke bahagian kemaluan.

Menjadi kebiasaan, budak-budak ni akan menyebut bebird atau burung bagi kemaluan lelaki dan bunga atau rama-rama bagi kemaluan wanita.

Maka, menjadi tanggungjawab abang untuk membetulkan salah faham turun menurun ini. Abang kata pada mereka, kemaluan lelaki namanya zakar atau penis. Perempuan pula alat kelaminnya bernama faraj atau vagina.

Untuk perincian, abang pun lukislah gambar zakar lelaki, testisnya, sperma, pundi kencing serta saluran bagi laluan air mani. Bagi perempuan pula, abang lukiskan gambar vagina beserta rahim, ovari, ovum, tiup falapio, pintu rahim dan bahagian perkumuhan mereka.

Abang terus terang pada budak-budak ni, bila air mani lelaki masuk sahaja ke dalam vagina perempuan, maka sperm ni akan bersenyawa dengan ovum. Maka, proses demi proses akan berlaku. Bermula dengan zigot, kemudian jadi embrio, fetus dan akhirnya lengkap menjadi seorang bayi.

Kau tahu dik, abang juga perincikan kata-kata Tuhan dalam Surah Al-Mukminun ayat ke 12-14. Dalam ayat tu jelas Allah sebut air mani lelaki tujuannya untuk diletakkan di dalam rahim wanita. Tapi dengan syarat, harus melalui satu jalan yang bernama perkahwinan.

Jika seks berkenaan berlaku diluar perkahwinan, suka sama suka pula tu, ia dinamakan zina. Jika seks berkenaan berlaku secara paksa, maka ia bernama rogol.

Menganggap liwat sebagai benda yang kelakar

Kemudian, abang cakap lagi pada budak lelaki yang hari ni air mani lelaki bukan sahaja dimasukkan ke dalam vagina perempuan, bahkan ada yang masukkan ke dalam dubur lelaki yang lain.

Budak-budak ni dah gelak. Masing-masing menjerit kunyit, kunyit. Abang dah tak selesa masa ni. Mereka anggap perbuatan liwat (zakar dimasukkan ke dalam dubur) sebagai benda yang kelakar. Bahkan, ia menjadi gurauan sesama mereka.

Abang apa lagi, terus keraskan suara dan bertanya kembali apa yang ada dalam fikiran mereka. Jawapan yang diberi, hanya ikut-ikut kawan. Kawannya pula kata, tahu dari kawan yang lain

Dapat jawapan sebenar

Akhirnya, abang dapat jawapan yang sebenar. Mereka belajar dari video yang kau hasilkan di Youtube. Bukan sekadar kunyit, bahkan mereka dengan senang hati serta bergembira saat menyebut istilah sabun yang merujuk kepada perbuatan onani atau melancap.

Bukan itu sahaja, otak mereka juga sudah ada maklumat tentang animasi lucah dari Jepun yang digelar Hentai. Dari mana mereka belajar? Juga dari video kau berdua.

Ya, kau selit sekali dua je. Tapi kau tahu tak, ia menimbulkan tanda tanya pada mereka hingga proses pencarian pun berlaku. Perkataan ini akan digoogle dan mereka memperoleh ‘hasil’nya.

Dipendekkan cerita, bermulalah sisi gelap mereka hingga terjebak dengan pornografi.

Itu belum lagi abang ulas dialog kasar dan kurang ajar yang dicontohi oleh budak-budak kecil.

Jadilah YouTuber yang bertanggungjawab

Dik Zukiee dan Oyot,

Ketahuilah yang kamu berdua berbakat besar untuk menghasilkan video yang baik buat adik-adik di luar sana. Banyak video kamu yang trending dan mendapat lebih 1 juta tontonan.

Tapi tak guna semua itu andai setiap bait-bait dialog yang kau gunakan menjadi ikutan dan salah faham yang berpanjangan buat budak-budak sekolah.

Jadilah youtubers yang bertanggungjawab! Contohilah abang senior kau si Kokom. Videonya pendek, skrip yang baik dan memberi impak positif kepada penonton.

Tapi kalau kau masih berdegil, abang dan kawan abang si Mohd Fadhli akan berbuat sesuatu untuk mencuci pemikiran kamu berdua.

Salam sayang,

Abangmu,

Akhi Fairuz Al-Jengkawi,
#TukangCeramahBudakSekolah

Kawan-kawan, bantu saya untuk sebarkan tulisan ini kepada mereka berdua ya. Thanks

Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×