Usahawan Amirah Syamimi mendedahkan dia menjalani tempoh berpantang anak kelima dengan melakukan aktiviti membeli-belah atas talian.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hadiah Hari Guru Bukan Kaleng-Kaleng, Ibu Bapa Beri Gelang Emas – ‘Saya Hargai Sebab Sentiasa Update Perkembangan Anak’

Artikel Berkaitan: Beli Gelang Emas Harga RM3k, Selepas 3 Tahun Baru Tahu Rupa-Rupanya..

‘Getah rambut’ baru

Menerusi perkongsian di TikTok,  pemilik nama Nik Amirah Syahmimi Nik Mahmood, memberitahu suaminya memberi sejumlah wang untuk membeli barang kemas.

Yeay, dapat getah rambut baru. Dalam pantang ni memang perlukan getah rambut sebab nak sanggul tinggi-tinggi.

Suami masukkan duit lagi, suruh cari emas lagi. Seronok betul berpantang kali ini. Duduk rumah shopping sahaja.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira apabila melihat wanita itu diberi kejutan getah rambut emas oleh suaminya.

Menurut netizen, getah rambut emas itu merupakan idaman setiap wanita terutamanya mereka yang bergelar isteri.

Komen netizen

Sumber: TikTok