Usahawan dan pempengaruh media sosial, Farah Wen mencuri tumpuan ramai selepas berkongsi satu video memaparkan dirinya sedang membeli-belah di sebuah premis tekstil terkenal.
Beli-belah hampir RM600k
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok memaparkan Farah atau nama lengkapnya Farah Syazwani yang diiringi dua pengawal peribadi telah memulakan harinya dengan mengunjungi premis Jakel.
Kemudian kelihatan seorang staf jenama tersebut menjemput Farah duduk di sofa yang disediakan sebelum dia memperkenalkan beberapa jenis tekstil yang diimport dari beberapa negara luar.
Selepas hampir tiga jam setengah berada di premis tersebut, Farah akhirnya membeli beberapa jenis tekstil yang diminatinya. Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai apabila melihat amaun pada resit tersebut yang menunjukkan jumlah keseluruhan iaitu RM590,316. Bayaran itu juga dilakukan menggunakan kad American Express.
Macam tu je Jakel dapat sale setengah juta
Semoga kita semua diberi kekayaan kesihatan dan kebahagiaan dunia akhir
Kalah lah Intan Najwa old money korang tu
Kekayan dia melampau-lampau
Tak suka hidup macam ni, suka hidup biasa-biasa je tapi banyak duit
Makin kaya makin banyak yang akan dihisab jadi kita syukur jika kita bersederhana
Video
@farahwen Small price to pay for infinite happiness ??? #asmr #momlife ? original sound – Farah Wen
Sumber: TikTok Farah Wen