Pendakwah dan personaliti media sosial, Ustaz Adnin, menyorot perhatian ramai apabila berkongsi pesanan mengenai amanah dan tanggungjawab orang berkemampuan di sisi Allah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Persiapkan Diri Dari Segi Ekonomi, Agama & Emosi Sebelum Berumah Tangga’ – Ustaz Adnin

Artikel Berkaitan: ‘Empat Bulan Bertunang Dengan Isteri, Kami Tak Pernah Berhubung’ – Ustaz Adnin

Duit untuk sara keluarga

@motawh.extended

Takutnya bila As’ad dengar ni, tapi alhamdullilah As’ad bersyukur ada dekat level atas at a young age. Semua atas izin Allah @Asad Motawh @Ustaz Adnin

♬ original sound – motawh.extended – motawh.extended

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di TikTok, Ustaz Adnin atau nama penuhnya Ahmad Adnin Roslan, 33, menekankan tiga perkara utama yang Allah kehendaki daripada mereka yang dikurniakan rezeki berlebihan antaranya dengan membelanjakan wang untuk menyara kehidupan sendiri dan keluarga.

Gunakan duit itu untuk selesaikan keperluan harian, supaya tidak meminta-minta, untuk makan, pakaian dan nafkahi keluarga.

Itu paling aras rendah tapi tetap dapat pahala.

Bersedekah & bayar zakat serta buka peluang pekerjaan

Selain itu, Ustaz Adnin menegaskan bahawa Allah menghendaki hamba-Nya untuk bersedekah dan menunaikan zakat sebagai tanda syukur serta kasih terhadap sesama manusia.

Orang yang ada duit lebih sedikit, Allah suruh dia sedekah dan bayar zakat.

Ustaz Adnin turut menekankan tentang pentingnya membuka peluang pekerjaan kepada orang lain. Hal ini kerana, bersedekah sememangnya amalan yang baik, namun memberikan peluang pekerjaan kepada orang lain membawa ganjaran yang lebih besar di sisi Allah

Kalau kita buka peluang pekerjaan, beri orang bekerja, dapat memberikan gaji dan boleh berkembang, itu adalah pahala yang Allah paling suka.

Menurut Ustaz Adnin lagi, individu yang membantu orang lain dengan membuka peluang pekerjaan bukan sekadar mengejar kejayaan, tetapi sebenarnya sedang membina pahala berterusan.

Sumber: TikTok