Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus memberi penjelasan mengenai kewajipan berkhatan bagi kanak-kanak istimewa (autisme).

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Mandi Wajib Tapi Rambut Berminyak

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Jawab Hukum Buat Konten Paranormal – ‘Ada Faedah Tak?’

Anak autism wajib berkhatan?

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di YouTube, Ustaz Azhar Idrus menjawab pertanyaan seorang ibu mengenai keadaan anaknya yang didiagnos autisme.

Ujar individu tersebut, anaknya tidak berkemampuan untuk menguruskan diri sendiri.

Anak saya berumur 11 tahun dan menghadapi autisme.

Tidak boleh bercakap dan tidak boleh uruskan diri sendiri.

Tak pandai beza kotor dan bersih. Kadang-kadang main najis.

Menurut Ustaz Azhar Idrus, wajib bagi lelaki dan perempuan yang beragama Islam untuk berkhatan.

Ujarnya lanjut, berkhatan tidak menjejaskan kesihatan malah menyihatkan badan.

Hukumnya wajib.

Dan perkara itu tidak merosakkan kesihatan malah menyihatkan anak.

Sebab itu khatan anak autisme kebanyakannya buat awal.

Khatan umur 2 tahun atau 6 bulan. Itu lebih baik.

Kerana anak ini berkemungkinan untuk sembuh. Bila dia sembuh, dia sudah dalam keadaan berkhatan.

Sumber: Youtube @ustazazharidrus