![[VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Mandi Wajib Tapi Rambut Berminyak](https://asset.ohbulan.com/2025/10/uai-4.jpg)
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus memberi penjelasan mengenai mandi wajib dalam keadaan rambut berminyak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Jawab Hukum Buat Konten Paranormal – ‘Ada Faedah Tak?’
Artikel Berkaitan: ‘Buka Hijab Jadi Lebih Dekat Dengan Allah? Itu Jahil’ – Ustaz Azhar Idrus
Mandi wajib
Menerusi perkongsian di Youtube, Ustaz Azhar Idrus memaklumkan mandi wajib dalam keadaan rambut berminyak adalah tidak boleh.
Tambahnya, individu wajib untuk membasuh rambut terlebih dahulu menggunakan sabun.
Jawapannya tak boleh.
Wajib bersihkan dulu dengan sabun.
Kerana minyak itu menghalang air kena rambut.
Syarat sah mandi dan wuduk tidak ada halangan.
Air kena pada anggota yang kita basuh.
Ujarnya lanjut, jika minyak itu dipakai dua ke tiga hari sebelum mandi wajib adalah dibenarkan.
Tapi kalau minyak yang sedikit, dimaafkan. Yang dah dipakai dua tiga hari, maka tidak tebal dah minyak.
Tapi kalau minyak baru pakai, biasanya dia tebal.
Sumber: Youtube @ustazazharidrusofficial