berita

Video : Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Nikah 2 Kali

October 14th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

azhar-idrus-kuliah

Berkenaan isu terbaru yang melanda sepasang selebriti tempatan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, ramai antara peminat dan juga pihak-pihak tertentu yang tertanya-tanya mengenai status pernikahan mereka.

Bukan itu saja, malah ada yang mengecam mereka berdua kerana terlalu takut dengan David Teo sehingga merahsiakan perkara baik ini dari pengetahuan umum. Ini berikutan dari isu pernikahan mereka yang telah diadakan dua kali iaitu pada bulan Februari 2012 dan kemudian dibuat lagi sekali setahun kemudian.

Artikel berkaitan : Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mengaku Sudah Nikah!

Melalui penjelasan Aeril, dia dan Wawa telah sah bernikah pada kali pertama, 25 Februari 2012 di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya dan pada waktu itu hanya mengikut hukum syarak tanpa sebarang dokumen. Mereka berdua telah dinikahkan oleh seorang imam yang dibawa dari Sabah berwalikan bapa Wawa sendiri.

Screen Shot 2013-10-14 at 11.45.17 AM

Aeril Zafril ketika menjawab soalan media pada Jumaat lepas

Namun, selepas mengetahui bahawa Wawa Zainal telah mengandung pada bulan Januari 2013, mereka berdua mengambil keputusan untuk bernikah lagi sekali mengikut undang-undang negara. Ini kerana mengikut undang-undang, pasangan perlu mendaftarkan perkahwinan di jabatan agama negeri masing-masing.

PC-Aeril-Zafrel-Wawa-Zainal-26

Wawa Zainal yang tampil kali pertama selepas lama mendiamkan diri

Kelmarin, sebuah video penjelasan mengenai hukum nikah sebanyak dua kali oleh Ustaz Azhar Idrus telah dimuat naik ke laman Youtube.

Melalui penjelasannya, UAI memberitahu bahawa asalkan pasangan itu melepasi rukun dan syarat sah nikah, ianya tidak menjadi masalah.

Dan apabila mereka bernikah semula pada kali kedua untuk mendapatkan surat pendaftaran nikah, hukumnya tetap sah. Apa pun, buat anda yang tertanya-tanya, mari saksikan video penjelasan hukum nikah 2 kali oleh Ustaz Azhar Idrus selepas ini.