berita

[VIDEO] Ustaz Diserang Ketika Ceramah, Jemaah Wanita Bangun Kejar.. Siap Pukul Dekat Kepala Lagi!

September 21st, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Disebabkan ingin membela seorang penceramah daripada diserang oleh seorang individu, sekumpulan jemaah wanita nekad memukul individu lelaki berkenaan di Masjid Baitussyuakur, Kota Batam, Indonesia.

Tiba-tiba serang penceramah

Menerusi video yang dimuat naik oleh jadetabek.info di Instagram memaparkan seorang penceramah yang dikenali sebagai Ustaz Abu Syahid Chaniago sedang memberi ceramah dan secara tiba-tiba muncul seorang lelaki dan menyerangnya di hadapan jemaah.

Kejadian berkenaan membuatkan suasana menjadi kelam kabut dan jemaah-jemaah wanita berkenaan kelihatan begitu panik lalu mengejar penyerang tersebut. Dalam pada itu, turut kelihatan seorang wanita yang memakai baju warna hitam sempat memukul penyerang terbabit di kepala.

Menurut pengurus masjid, Hendri Marzon, akibat daripada kejadian tersebut, penceramah berkenaan luka di bahagian pipi kanan dipercayai ditendang oleh penyerang terbabit.

Peristiwa itu terjadi masa jemaah wanita sedang mengikuti pengajian rutin biasa yang dilakukan setiap pagi Isnin.

Lapor Tribun News, lelaki berkenaan telah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut dan motif serangan masih belum dikenal pasti.

Video penuh :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jadetabek.info (@jadetabek.info)

Sumber : Tribun News, Jadetabek.info

SKIP THIS AD ×